Friday, December 14, 2012

Sekadar Luahan Rasa Tom Yam edisi Jumaat


OK...Entri kali ini adalah tipikal bagi seorang peminat atau penyokong bolasepak Malaysia. Mind set aku belum cukup kuat untuk mengamalkan idealogi "kalau tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang". Kekalahan kepada Thailand menunjukkan betapa bolasepak di Malaysia sebenarnya masih terlalu jauh. Sejauh Bangladesh mungkin. Rajagobal menumpukan sasaran layak ke Piala Asia 2015. Macammana hendak layak, tuhan sahaja yang tahu.
 
Berbalik kepada game semalam (13-12-2012). Betul lah berpunca daripada yang Ref terlebih makan apa agaknya sehingga kerap memberi kad seperti memberi pamplet percuma di pasar raya lagaknya. Di saat Fadhli Sas yang merupakan benteng kental pertahanan negara dilayangkan kad kuning kedua lantas dibuang padang, bermulalah huru-hara di kedai mamak/restoran/rumah/facebook/twitter bagai. Huru-haranya Malaysia diterjemahkan oleh pemain Harimau Malaya di atas padang.

Sunday, December 09, 2012

Kempen makan Tom Yam



I WAS THERE!

SELURUH rakyat Malaysia mendoakan skuad Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki dua tahun lalu, dengan menumpaskan Thailand pada saingan separuh akhir di Bukit Jalil, malam ini.

Yang ke stadium, kuatkan fizikal dan mental,
Yang di kedai mamak, order air setalam,
Yang di kedai awe, order tom yam special,
Yang di rumah, makan bihun tomyam.

Sila INGAT...

Ini Negara Kita,
Ini Bendera Kita,
Ini Lagu Kebangsaan Kita,
Ini Ultras Kita,
Ini Penyokong Kita,
Ini Stadium Kita,
Ini Rumah Kita,
Ini Saudara Kita,
Ini Sahabat Kita,

THIS IS MALAYSIA!!!
SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

Friday, December 07, 2012

Bolasepak Negeri Perak versi Jumaat


OK, yang bagusnya pasukan Perak ini berbanding Johor adalah kerana majoriti pemainnya berasal dari Perak. Gile apa player yg lahir di daerah Liverpool bermain di ManU? Ibaratnya seperti itu. 10 orang pemain asal yang bermain di skuad Perak sekarang dikekalkan untuk musim 2013. Dari 10 orang tersebut, hanya 3 yang berasal dari luar negeri Perak.
 
Makanya, sudah pasti apabila mereka turun ke padang, mereka bermain bukan sekadar untuk duit, tetapi yang penting mereka bermain untuk negeri Perak! Bukan negeri lain! Fahamkan yang ini dahulu!

Thursday, November 29, 2012

Sebagai Balasan....


AFF Suzuki Cup 2012 Last Group Stage vs Indon

OK, malas sebenarnya menaip panjang-panjang, jadi.. lebih baik tulisan kali ini dalam bentuk point. Cerita ini selepas kalah 0-3 kepada Singapurapura dan menang 4-1 kepada Laos.

1. Pengampu Presiden FAM akan mengucapkan jutaan tahniah, dan sebagai balasan Presiden FAM sambil tersenyum bangga yakin akan menerajui jawatan presiden 100% untuk 28 tahun lagi.

2. Sebagai balasan, Rajagobal mengatakan "sokongan peminat/penyokong adalah penting" (2 hari sebelum itu Dato' Subhan memberitahu "kami akan melakukannya tanpa penyokong").

3. Sebagai balasan, ultras malaya tidak lagi menahan bas dan melaungkan "rajagobal apa yg kau buat", tidak menyamakan negara lain dengan anjing dan macam biasa berdiri selama 90 minit.

4. Sebagai balasan, seluruh rakyat di dalam stadium dan di FB menyokong Ultras Malaya dan perkataan anjing tiba-tiba menjadi halal.

5. Sebagai balasan di warung-warung, servis menjadi lebih cepat dan layanan lebih mesra.

6. Sebagai balasan di tempat kerja, warga kerja menjadi lebih semangat.

Sempena perlawanan penentuan menentang Indonesia Sabtu ini, hayatilah ayat dari Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”-ONG KIM SWEE


Saturday, October 20, 2012

Imam masjid dipecat kerana tegur karaoke dalam kawasan surau

Post di bawah bukannya merujuk kepada politik semata. ilpmj.blogspot bukannya pro kerajaan mahupun pembangkang. Cerita ini pun bukannya luarbiasa, tapi memandangkan imam/ustaz Nazri merupakan bekas pekerja di ILP dan juga bekas imam kepada surau Al-Jazari adalah penting untuk mengetahui kejadian sebenar, lebih-lebih lagi seluruh warga ILP kenal benar (walaupun sebahagiannya tidak serapat mana seperti aku) dengan imam/ustaz tersebut. Aku lebih suka memanggilnya ustaz.

Monday, October 15, 2012

JARING


Sudah hampir 5 bulan blog ini bersawang. Bukan tiada cerita, cuma tahap kemalasan menguasai diri. Salahkan saja teknologi sekarang, membuatkan manusia sejagat menjadi malas.

Pada mereka yang menggunakan Internet era penghujung 90-an, pasti hanya ada satu ISP dalam kepala hotak masing-masing. JARING. Dengan kelajuan 64kbps modem akan bertungkus lumus mengeluarkan paparan di www pada skrin komputer pengguna. Lajunya 64kbps ini ibarat meng'klik' www.yahoo.com dan sempat lagi untuk menghabiskan rokok sebatang bagi memaparkan gambar Siti Nurhaliza. Selamatlah pada waktu itu, internet digunakan majoritinya untuk meng'access' data.

Saturday, May 12, 2012

Astro Beyond HD Part 1



Baru dan tak sampai 3 minggu aku meng'upgrade' astro kepada Beyond. Kebetulan ianya promosi dan percuma lalu aku mengambil keputusan kenapa tidak mencuba. Memandangkan decoder astro aku yg lama sudah berusia 5 tahun lebih dan piring kuali yg dipenuhi tahi burung aku mengmbil keputusan untuk tukar. Macam pilihanraya yg akan datang jugak..Kita TUKAR!

Sunday, January 01, 2012

Cerita 2011 dan Harapan 2012


Ok. Aku nak mengenang kembali cerita pahit manis 2011 yang mana aku ingat mengikut fakta tetapi tidak mengikut turutan :

Antara Yang Manis :
1. Samsung LCD TV suda abis bayar se-awal tahun yg lalu.
2. Menjadi Juara pingpong berpasukan sukan ILJTM.
3. Melatih peserta MySKill yg memenangi pingat emas.
4. Membeli Mini Scarf Liverpool direct dari Bandar Liverpool.
5. Rumah semi-D di BTP Rawang disewakan kepada penyewa.
6. Mendapat Pembakar Roti jenama Electrolux percuma!
7. Menghadiri family day di Gambang Waterpark.
8. Pergi menyokong Harimau Muda di Bukit Jalil.
9. Mengikuti kursus DSLR selama 3 Hari.
10. Bersama Family di Perak ketika Syawal menjelma.

Antara Yang Pahit :
1. Laptop aku memberi isyarat kerosakan.
2. Setel saman yg bukan aku yg buat.
3. Setel Bil Api dn Air dn Cukai pintu tertunggak.
4. Sedang menunggu zuriat
5. bla..bla..bla

Syukur Alhamdulillah, lebih banyak yg manis berbanding yg pahit. Nampak macam lebih ke arah duniawi saja. Untuk bekalan di alam sana, aku sudah berjaya menghafal beberapa doa selepas solat, mendengar ceramah ustaz azhar idrus 2 hari sekali dan memasang channel 106 bila maghrib kunjung tiba. Semoga Allah memberi lebih banyak kenikmatan dn kerahmatannya kepada aku sekeluarga sepanjang tahun 2012. Tiada azam utk 2012 kerana itu nampak macam poyo dan skema. Lebih kepada harapan sebenarnya.

ish..malas pulak nak menulis harapan.... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...