Saturday, September 26, 2009

Lebaran

1 Syawal yang lalu, penulis telahpun selamat sampai beraya di kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh Perak. Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga beraya serba sederhana tetapi cukup meriah terutama sekali dengan kehadiran adik penulis yang 2 tahun beraya di Australia kini bersama-sama meraikan aidilfitri di kampung halaman.

Hannah sekeluarga pun beraya sekali dengan tema merah kembang si bunga raya. Hannah mungkin seronok beraya cuma belum pandai bermain bunga api, kalu x lagi seronok.

Ayom tengah mengira hari untuk bergelar isteri. Harap-harap majlis nanti berjalan dengan selamat. Rasenye semua da diuruskan, tinggal harinye lagi. Akad nikah kat rumah kali ni. Senang kata ayah. Sayu pulak rasenye bile adik sorang-sorang kahwin. Huhuhuhuhu....



Friday, September 11, 2009

Dinar Emas

Salam untuk semua pembaca yang budiman. Sedar atau tidak sehingga hari ini kita telah memasuki hari ke-21 Ramadhan 1430. Betapa masa mencemburui kita dengan pantas. Semalam penulis ditemukan dengan seorang agen Public Gold, saudara Azdi pensyarah di Kolej Matrikulasi Ledang. Memandangkan saudara Azdi ini paling hampir dengan tempat kerja penulis, maka senanglah berunding berkenaan dengan dinar emas. Alhamdulillah, penulis membeli 1 Dinar emas dengan harga PG RM497 dan belum sampai pon 2 hari dinar emas PG kini bernilai RM505 sehingga jam 9.30 malam.

Saudara Azdi seorang yang peramah jugak la dan ada ilmu yang penulis kongsi bersama dengan beliau. Rupanya beliau dan isteri merupakan sahabat dengan adik penulis (Erny Julia), satu batch semasa mereka menuntut di UKM Bangi. Inilah emas dinar pertama yang penulis miliki, semoga ini bukan yang terakhir. Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...