Monday, August 31, 2009

Merdeka & Handphone



Pagi ini penulis dipilih untuk mewakili ILP Ledang bagi menghadiri perhimpunan menyambut kemerdekaan kali ke-52 bertempat di Dataran Ledang Tangkak. Perhimpunan disertai hampir 80 buah syarikat/NGO/Kerajaan/Badan Berkanun/Persatuan/Institut Pengajian Tinggi dan lain-lain Persatuan Taichi Ledang pon ade).

Acara bermula jam 8 dan tamat kira-kira jam 10 pagi. Tiada kawad/raptai, sekadar perbarisan statik bagi menghormati bulan Ramadhan. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku pimpinan oleh kumpulan koir yang terdiri dari pelajar sekolah daerah Ledang. Seterusnya penyampaian sajak dan lakonan semula Bukit Kepong. Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan. Ada banyak kategori dan ILP Ledang merangkul tempat ketiga kategori Hiasan Bangunan Institut Pengajian Tinggi daerah Ledang.

Apa erti kemerdekaan bagi anda?

"Umat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW"

"Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial"

Tuesday, August 25, 2009

Bazar Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan buat kali ini. Bulan yang mulia ini membuka pintu rezeki buat peniaga bazar ramadhan khususnya untuk menambah pendapatan. Penulis berpeluang mendapat tapak berniaga di Bandar Saujana Putra dengan kadar sewa RM80 sebulan. Sewa ini jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan Danga Bay JB sehingga mencecah RM 4000 sebulan hanya untuk sewa tapak. Pon begitu, penulis percaya ramai peniaga yang mengambil peluang tersebut. Bazar ramadhan di Bandar Saujana Putra mempunyai hampir 60 buah tapak niaga. Walaupun kunjungan pelanggan tidaklah semeriah bazar ramdhan di tempat lain ex Taman Medan dsbnya, tuhan itu maha kaya. Dengan pendapatan harian ratusan ringgit, ianya amatlah berbaloi. Majoriti penduduk disini berbangsa melayu Islam. Pon begitu masih juga terdapat lain2 kaum mengambil kesempatan membeli juadah untuk dijadikan santapan. Semoga kita sentiasa bersyukur di atas setiap rezeki-Nya dan mohon dijauhi dengan sifat kufur. Amin...

Tuesday, August 18, 2009

Mana Satu Pilihan Hati?


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan)."

Ini menunjukkan betapa tingginya nilai emas. Suatu hari nanti, duit yang kita gunakan tidak lagi berharga kecuali emas dan perak.

Sebenarnya konsep pelaburan emas di Malaysia masih baru. Harga emas pun semakin naik dari masa ke semasa. Malah dari tahun 2006-2007,dalam masa setahun sahaja ia naik 33.3%.

Kenapa Memilih Emas?

- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Cubalah jenguk-jenguk laman sesawang Jutawanemas.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee semasa hayat beliau, selalu juga kita boleh nampak lakonan/filem beliau menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli. P.Ramlee cuba memberitahu kita melalui lakonannya seperti apa yang Rasullullah sampaikan.

Sebenarnya Dinar mewakili nilai emas manakala Dirham mewakili nilai Perak. Tanpa disedari, Emas dan Perak ini telahpun digunakan selama 2000 tahun semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan sebagai mata wang dunia. Sewaktu pemerintahan Khalifah 'Umar bin al-Khattab, beliau telah menyeragamkan mata wang dunia kepada Emas dan Perak dan sukatan timbangan 1 Dinar = 4.25gram manakala 1 Dirham = 3gram. Standard ini masih digunapakai hingga sekarang. Kemanapun Dinar dan Dirham dibawa, nilainya tidak akan berubah . Sekeping syiling Dinar dan Dirham akan tetap 4.25 gram emas 22 karat, dan sekeping Dirham adalah 3 gram perak tulin. Di negara manapun ditimbang, sama ada di Afrika Selatan, Hongkong, London, New York, Paris, atau Kuala Lumpur, nilainya tetap tidak berubah.

Dan satu perkara yang memeranjatkan, mata wang dunia sekarang ini menggunakan U.S Dollar hanyalah baru diguna pakai pada dalam tahun 1970!

Semoga ada perkara yang kita boleh kongsikan bersama.

Wednesday, August 12, 2009

BUNKFACE - REVOLUSI

aku keliru

menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

OO.. OH OO..OH

C/O
Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

C/O dan C/O lagi..

Ada banyak perkara yang berlaku dalam bulan July dan August hingga hari ni. Penulis berada dalam keadaan yang moody ditambah lagi dengan internet proxy yang macam 'hampeh' langsung x de mood nk update blog. Insyaallah awal puasa nanti penulis kembali aktif. Jadi penulis akan list out antara perkara yg berlaku setakat yang mampu diingati...

29July - 04Aug = ILP Ledang ditutup (kuarantin) akibat virus H1N1. Dalam tempoh ni, penulis banyak membuang masa, turun Pertama Complex KL pegi carik rubber (pimple) utk blade dan selebihnya 'melesot' di rumah :)

08Aug - 09Aug = Hari Sabtu ade majlis pertunangan sepupu di Pandamaran Klang. Malam tu pulak balik Sekinchan coz ade kenduri sempena menyambut Ramadhan.

Gambar dan video kendian lah upload :( tunggu internet connection cantek!)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...