Monday, October 15, 2012

JARING


Sudah hampir 5 bulan blog ini bersawang. Bukan tiada cerita, cuma tahap kemalasan menguasai diri. Salahkan saja teknologi sekarang, membuatkan manusia sejagat menjadi malas.

Pada mereka yang menggunakan Internet era penghujung 90-an, pasti hanya ada satu ISP dalam kepala hotak masing-masing. JARING. Dengan kelajuan 64kbps modem akan bertungkus lumus mengeluarkan paparan di www pada skrin komputer pengguna. Lajunya 64kbps ini ibarat meng'klik' www.yahoo.com dan sempat lagi untuk menghabiskan rokok sebatang bagi memaparkan gambar Siti Nurhaliza. Selamatlah pada waktu itu, internet digunakan majoritinya untuk meng'access' data.

Awal bulan yang lalu, kami sempat melawat ISP pertama di Malaysia. JARING communication di Bukit Jalil. Sebagai orang pertama yang meredah hutan dan menebas lalang/pokok/bagai, kini JARING hanya tinggal nama. Tidak se-Gah pada era 90-an dulu.

Apa yang menariknya, JARING adalah di bawah Kementerian Kewangan dan tempat di mana JARING berada sekarang adalah merupakan High-Level-Security. Sekiranya berlaku peperangan (minta di jauhkan), tempat ini akan dikawal oleh askar/helikopter/tank. Bangunannya direkabentuk dengan High-End spec and product. Terdapat sensor mengesan banjir/angin/gempa dan sebagainya. Tidak ketinggalan sebanyak 6 skrin gergasi yang memaparkan transmisi data luar dan dalam negara. Ini termasuk pengesana virus/spam/hackers/worm dsbnya. Mereka ini bekerja selama 3 syif, 24 sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun non stop operation.

Sewaktu sesi penerangan dan soal jawab, ada satu soalan yang menarik perhatian. Kenapa astro no signal bila hujan. Jawapan yang sedikit teknikal : Isyarat dari piring/kuali astro dipancar ke satelit, satelit akan memancar ke astro HQ (bapak segala piring/kuali astro). Kemudiannya isyarat tersebut akan dihantar semula ke satelit dan dari satelit pula ia akan dihantar ke piring astro di rumah.

Untuk rekod, jarak satelit ke bumi adalah 36000KM (ataupun 35800KM lebih tepat, nak tepat lagi sila ukur sendiri ok). Setiap penghantaran isyarat mengambil masa 150mili saat. Bermaksud 600mili saat diperlukan untuk satu isyarat travel bagi memaparkan gambar dan bunyi pada tv anda yang mahal itu. Kerana itu jika anda perasan berlakunya 'delay' antara siaran astro dengan siaran tv biasa yg menggunakan antena dalam atau luar. Delay ini diistilahkan sebagai 'latency'. Keseluruhan isyarat menggunakan 2 hoop pergi dan balik.

36000KM ini adalah jauh. Bukannya dari Sagil pergi ke Tangkak sambil membeli belah dan pekena cendol di kedai celah kain (sape dok tangkak mesti tau kedai cendol nih!). Kita bercerita tentang perjalanan ke angkasa lepas. Jadi apabila hujan turun dengan lebat, apa yang berlaku sebenarnya ialah : titisan hujan akan terkena pada isyarat tersebut, lalu isyarat tersebut akan berselerak/terpecah/tidak tersusun lantas mengakibatkan kehilangan isyarat atau lebih tepatnya kehilangan gambar/suara pada tv anda yang mahal itu sekali lagi.

Jadi, bila astro anda mengalami gangguan ketika hujan, fikirkan tentang kesusahan isyarat yang pergi-balik terbang tinggi jauh di sana non-stop :)
Berbalik kepada JARING...
Masuk era tahun 2000, tangan mereka diikat sebenarnya. Mujur kaki mereka tidak. Apa yang berlaku sekarang mungkin ada kenanya dengan politikal di Malaysia. JARING tidak dapat bergerak sendiri, Setelah TM sistem ADSL/DSL diperkenalkan, teknik Dial-UP sudah tidak glamour dan diterima pakai, teknologi mengubah manusia. Semuanya perlu cepat dan pantas. JARING perlukan TM, dalam erti kata lain, menumpang line/kabel telefon, dan dalam perniagaan, rakan kongsi pun sebenarnya perlu dibayar, lebih dari apa yang mereka boleh dapatkan.

Pun begitu, JARING masih lagi berdiri. Mereka kini menyasarkan pasaran kepada syarikat perniagaan/korporat rather than consumer biasa. Mujurlah mereka mempunyai satelit yang besar mampu untuk memberi access kepada seluruh Asia Tenggara khususnya.

Tiada gambar yang sempat di upload, carilah ia di laman sesawang. Maklumat lanjut hubungi lebai google....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...