Saturday, September 22, 2007

Jalur Gemilang 31 Aug 2007

31 Aug 2007 - ILP Muar telah menempah nama dalam Malaysian Book of Records apabila berjaya menghasilkan bendera Malaysia yang terpanjang di negeri Johor dan mungkin di Malaysia.

Seluruh kakitangan dan pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Muar bertungkus lumus selama hampir 5 hari untuk menyiapkan jalur gemilang tersebut. Tahniah buat Warga ILP Muar!



Ada ketikanya kita perlu memikirkan apakah sumbangan kita kepada Malaysia dalam menuju ke wawasan 2020. Jatuh dan bangun sesuatu ummah & negara ditentukan oleh generasi sekarang.

Moga Merdeka yang ke-50 ini tidak melekakan dan melalaikan kita daripada bersyukur atas rahmatnya, alhamdulillah kita masih boleh bernafas supaya dapat menabur budi dan bakti kepada bangsa kita, agama kita dan negara kita.

Friday, April 20, 2007

Family day

Family day untuk staff ILP Muar telah pun diadakan pada awal tahun di Serai D'Lanjut Golf & Country Beach Resort bertempat di negeri Pahang. Rasanya dua hari satu malam di sana tak puas kerana dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak pantai, lari dalam guni, lari ikat kaki, lari ikut hati. Bagi kaum ibu pulak, acara mengayam ketupat berkumpulan. Kategori kanak-kanak pon ade.

Hadiah ditaja oleh Supplier. Hehehehehee.... Bercakap tentang hadiah, rezeki dan nasib berpihak kepada penulis. Handphone Nokia 1100i dan tangga lipat yang Top! Penulis da tak pakai handphone tuh, da jual. Anyway , harap tahun nie family day gempak!



Program PBSM

Pada 04/10/2006, ILPMJ telah menghantar sebilangan student di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah ke Pasir Gudang untuk menghadiri seminar CPR yang dihadiri oleh ahli PBSM seMalaysia. Dengar cite nye bebudak nih masuk dalam World Guiness Record?! Ntah betol ntah tidak, yang pasti nya sebelum pegi pagi tu, nasik lemak 2 round diaorg tibai.



Penulis kurang pasti kenapa mereka nie suka sangat ambik gambo, tapi gambo nie nampak top arr, berlatar belakangkan selat melaka sempadan antara negara jiran Singapore dengan malaysia.





Kalau bab makan memang x payah nak cite arr.. Gambar di bawah menceritakan segalanya.







Antara peserta yang menyertai pertandingan makan Pagi anjuran DM peringkat wilayah Sagil.

Malam Kebudayaan & Anugerah Kecemerlangan

Salam untuk semua. Dah lama x update web nih. Banyak cerita sebenarnya yg penulis ingin paparkan disini. Aktiviti tahun lepas antara salah satunya Malam Kebudayaan dan Anugerah pelajar cemerlang. Kalau x salah penulis, majlis tersebut diadakan pada 07/12/2006 bertempat di DSG ILPMJ. Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan pengarah institut, Pen. Pengarah, Ketua Jabatan & Ketua Bahagian.


Aktiviti sebegini patut diteruskan dari semester ke semester. Penulis berpendapat, penghargaan yang diberikan oleh pihak institut boleh meningkatkan tahap komitmen
pelajar dan prestasi mereka(Kepada yg nak belaja laa.. yg x nak tu.. paham sendrik)

Kurang pasti sape yg menang anugerah pada majlis malam itu. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut. Majlis turut dijayakan oleh persembahan nasyid ILPMJ yg diketuai oleh En. Zul (memang TOP!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...