Sunday, May 15, 2011

Pulau Besar Melaka - Anugerah Terhebat Tanah Melayu

Sabtu lepas 14 Mei, oleh sebab x de kursus 1 Malaysia, me and wife planning untuk jalan2 sekitar Melaka. Destinasi kali ini ialah Pulau Besar. Dari ILP lebih kurang 50 - 60 km perjalanan satu hala dan satu-satunya jalan menuju ke Pulau adalah dengan menaiki feri melalui jeti Anjung Batu berdekatan dengan "The Famous Sea Food of Umbai".  RM 14 per head utk pergi-balik. Feri ke pulau berjadual, walaupun begitu rezeki kami agak baik sebab sampai2 saje terus bole naik feri. Kalau ikut jadual feri waktu tu belum berlepas lagi. Selain bersiar-siar kami mengambil kesempatan untuk melawat / menziarahi Makam Sultanul Ariffin. Siapa dia Sultanul Ariffin tu? Sila lah rajinkan jari anda ke google atau bole saje rujuk kat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Besar,_Melaka. 

Tiket Feri ke Pulau Besar


Kaunter tiket yang nampak usang.

Terima Kasih Kerana Tidak Merokok

 Feri ke Pulau Besar.
 Here We Go...

'Selamat Datang Ke Pulau Besar'...x clear daaa...Perjalanan dari Tanah Besar ke Pulau mengambil masa 10 minit. Sampai sahaja di Pulau kelihatan van-van sapu berebut mengambil penumpang, RM 2 sehala ke Makam. Kalu nak jalan pon bole. tapi pastikan kuat fizikal dan mental, sebabkan kami 1st time datang, so prefer van saje lah..senang. Tapi terkejut gak bile mamat bwk van tu cakap RM 100 untuk sewa 1 van round 1 pulau, "sya bole kasi diskaun RM 80", (setelah aku dengan jujur mengatakan 1st time sampai sini) katanya sambil senyum simpul. "Bukan RM 50 ke?". "Dalam internet kata macam tu", aku membalas, hehehe...aku x pasti apa jawapan die tapi die x pandang mata aku bile bercakap, " X pe la, lain kali datang 1 family sya sewa van ok?"....
Sampai sahaja di makam, kami ambil keputusan untuk makan. Lapo beb, nasik lemak 3 bungkus, roti bakar 2 set, telor 1 biji, teh o ais limau dan kopi radix susu sikit...RM 19.50 (perrrggghhh..gile ape makcik ni makan riba melampau, patutla org x ramai makan, nasib sedap..huhuhu) Tapi pakcik kat kedai makan tu memang best, dari bujang sampai da bercucu die bercerita memang syahdu, patriotik, islamik dan lain2. Kenapa Pulau ini di panggil Pulau Besar? Kerana kebesaran Pulau itu sendiri, tanpa pulau tiadalah negara, sekiranya kita tidak menjaga kebesaran ini maka melayu akan di"Pulau"kan...di negara sendiri..Terbaek la pakcik!!!


Selesai makan, kami pun pergi la menziarah KUBUR MAKAM SULTAN AL-ARIFFIN. Makan tersebut telah beberapa kali di pulihara disebabkan oleh amalan-amalan syirik,memuja dan sebagainya. Masa tiba tadi pun ramai kaum kaf-lam-ya-nga di sini. Apa yang diaorng buat? Da macam masuk negara diaorang plak aku rase.
Gambar sekitar makam
Sejarah..Klik untuk besarkan
Lagi gambar...
dan lagi...
lagi...

 Selesai membaca Yasin dan memohon doa kehadrat Ilahi dengan keramah Sultan Al-Ariffin, kami mengambil peluang mengecapi keindahan alam. Pulau Besar paling indah dibandingkan dengan Pulau2 lain di Malaysia. Sungguh..
 Sambil bersantai, berjumpa dengan abang bekerja dengan Majlis, banyak pengalaman abang ni. Habis 2 batang rokok bersembang tentang sejarah pulau, pengalaman ke alam bunian dan mcm2 lagi lah.

Malaysia di Hatiku..YNWA (Manyu dapat 19th title? pegi la mam....)

 Hampir jam 2.00 petang, kami ambil keputusan untuk pulang ke tanah besar.

 Ambil gambar dululah...

Pulau ni namanya Pulau Dodol...

Selamat Tinggal Pulau Besar, kami akan kembali...

 Malaysian Flag Flying High...

Da sampai balik di Anjung Batu, mau berangkat pulang..kenangan terindah di sana..Walk ON!!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...