Friday, December 14, 2012

Sekadar Luahan Rasa Tom Yam edisi Jumaat


OK...Entri kali ini adalah tipikal bagi seorang peminat atau penyokong bolasepak Malaysia. Mind set aku belum cukup kuat untuk mengamalkan idealogi "kalau tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang". Kekalahan kepada Thailand menunjukkan betapa bolasepak di Malaysia sebenarnya masih terlalu jauh. Sejauh Bangladesh mungkin. Rajagobal menumpukan sasaran layak ke Piala Asia 2015. Macammana hendak layak, tuhan sahaja yang tahu.
 
Berbalik kepada game semalam (13-12-2012). Betul lah berpunca daripada yang Ref terlebih makan apa agaknya sehingga kerap memberi kad seperti memberi pamplet percuma di pasar raya lagaknya. Di saat Fadhli Sas yang merupakan benteng kental pertahanan negara dilayangkan kad kuning kedua lantas dibuang padang, bermulalah huru-hara di kedai mamak/restoran/rumah/facebook/twitter bagai. Huru-haranya Malaysia diterjemahkan oleh pemain Harimau Malaya di atas padang.

Sunday, December 09, 2012

Kempen makan Tom Yam



I WAS THERE!

SELURUH rakyat Malaysia mendoakan skuad Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki dua tahun lalu, dengan menumpaskan Thailand pada saingan separuh akhir di Bukit Jalil, malam ini.

Yang ke stadium, kuatkan fizikal dan mental,
Yang di kedai mamak, order air setalam,
Yang di kedai awe, order tom yam special,
Yang di rumah, makan bihun tomyam.

Sila INGAT...

Ini Negara Kita,
Ini Bendera Kita,
Ini Lagu Kebangsaan Kita,
Ini Ultras Kita,
Ini Penyokong Kita,
Ini Stadium Kita,
Ini Rumah Kita,
Ini Saudara Kita,
Ini Sahabat Kita,

THIS IS MALAYSIA!!!
SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

Friday, December 07, 2012

Bolasepak Negeri Perak versi Jumaat


OK, yang bagusnya pasukan Perak ini berbanding Johor adalah kerana majoriti pemainnya berasal dari Perak. Gile apa player yg lahir di daerah Liverpool bermain di ManU? Ibaratnya seperti itu. 10 orang pemain asal yang bermain di skuad Perak sekarang dikekalkan untuk musim 2013. Dari 10 orang tersebut, hanya 3 yang berasal dari luar negeri Perak.
 
Makanya, sudah pasti apabila mereka turun ke padang, mereka bermain bukan sekadar untuk duit, tetapi yang penting mereka bermain untuk negeri Perak! Bukan negeri lain! Fahamkan yang ini dahulu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...