Saturday, October 20, 2012

Imam masjid dipecat kerana tegur karaoke dalam kawasan surau

Post di bawah bukannya merujuk kepada politik semata. ilpmj.blogspot bukannya pro kerajaan mahupun pembangkang. Cerita ini pun bukannya luarbiasa, tapi memandangkan imam/ustaz Nazri merupakan bekas pekerja di ILP dan juga bekas imam kepada surau Al-Jazari adalah penting untuk mengetahui kejadian sebenar, lebih-lebih lagi seluruh warga ILP kenal benar (walaupun sebahagiannya tidak serapat mana seperti aku) dengan imam/ustaz tersebut. Aku lebih suka memanggilnya ustaz.

Aku masih ingat, penghujung 2005, 6 bulan setelah aku melaporkan diri ke ILP Ledang (ILP Muar pada waktu itu), aku berpindah dari Taman Gunung Emas di Tangkak ke Kuarters kerajaan di ILP dengan menyewa lori uztaz. Bayarannya seikhlas hati :). Ustaz juga pernah membeli tikar getah 2ndhand dari aku, dan aku tidak reti untuk letak harga..hehehe

Bagi aku, personaliti ustaz tersebut adalah biasa sahaja. Seorang yang sentiasa cool. Apabila memberi ceramah/berucap di khayalak ramai, tangan ustaz akan menggigil. Caranya yang tersendiri. Tidak pasti pulak kenapa, tak sempat aku nak bertanya tentang hal itu.

 Sebahagian gambar dan petikan aku kutip dari Harian Metro Online.

"SEORANG imam di Masjid Dato’ Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telahdipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.
Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato’ Abdul Ghani.
Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...