Friday, December 07, 2012

Bolasepak Negeri Perak versi Jumaat


OK, yang bagusnya pasukan Perak ini berbanding Johor adalah kerana majoriti pemainnya berasal dari Perak. Gile apa player yg lahir di daerah Liverpool bermain di ManU? Ibaratnya seperti itu. 10 orang pemain asal yang bermain di skuad Perak sekarang dikekalkan untuk musim 2013. Dari 10 orang tersebut, hanya 3 yang berasal dari luar negeri Perak.
 
Makanya, sudah pasti apabila mereka turun ke padang, mereka bermain bukan sekadar untuk duit, tetapi yang penting mereka bermain untuk negeri Perak! Bukan negeri lain! Fahamkan yang ini dahulu!

Tetapi ini tidak bermaksud tiadanya pemain import dalam mahupun luar negeri. 4 orang pemain kebangsaan di panggil untuk menyarung jersi Perak pada musim yang akan datang. Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya,Yong Kuong Yong dan V Thirumuragan. Ini tidak termasuk player import dari luar negara yang bakal diketahui sikit masa lagi secara rasminya. Satu-satunya bekas pemain import Perak yang menjaring paling banyak gol ialah http://en.wikipedia.org/wiki/Keita_Mandjou. 75 kali penampilan dengan 50 gol bersama pasukan Perak.
 
7 kali memenangi Piala Malaysia dan 11 kali sebagai runner-up. 2 kali menang Piala FA dan 3 kali sebagai runner-up.
 
Masih ingat?
 
Tapi, kemenangan Piala FA pada tahun 1990 adalah satu perkara nostalgik. Waktu itu, aku baru darjah 6. Ketinggalan dengan Selangor 2-0 pada mulanya tidak mematahkan semangat juang Perak yang akhirnya menang bergaya 4-2. Dikhabarkan chanting "Kejo-Yop-Kejo" bermula pada edisi final tersebut dan terus menjadi glamour sehingga diperkenalkan sebagai tagline untuk SUKMA di Perak pada tahun 1996 dan lantas menjadi trademark Perak sehingga sekarang. Raja Nazrin pada ketika itu menonton di stadium dengan gelagatnya dirakam oleh jurufoto Utusan Malaysia. Aku pula sekadar menonton didepan tv. Lupa pulak aku samada Perak diisytharkan cuti umum hari Isnin berikutnya ataupun tidak.
 
Gambar ehsan Wikipedia
 
Stadium keramat di Ipoh boleh memuatkan hampir 43000 orang penyokong. Kali terakhir aku menjejakkan kaki di sini adalah ketika aku belajar di PUO. Itupun masuk 2nd-half (sebab free. Kalau masuk full time kene bayo..hehehe). Entah macam mana agaknya stadium ini sekarang. Semoga ia di urus selia dengan baik.
 
Semoga Mohd Azraai Khor b. Abdullah dapat mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Perak, amiiinn...
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

yus said...

Broo... Pembetulan. aku rasa SIKMA tahun 94 la. ko ingat tak masa cuti kita kena bawak blk semua barang kita sbb dia org nak guna DORM kita. tapi ada yg degil tak nak bawak blk barang2 tu siap simpan kat Syiling DORM lagi...hhahahaha

Kurast said...

SIKMA tu benda ape bro? Hahaha, betul lah kalu mcm tu, aku ingat ingat lupa, tqvm :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...