Friday, December 11, 2009

Network Management & Troubleshooting



Bermula dari 7 hingga 11 Dec yang lalu, sya mendapat peluang berkursus di sekitar Lembah Klang. Satu peluang yang dinanti-nanti, kebetulan sya sudah lama tidak berkursus. Kali ini lokasi penginapan bertempat di Hotel Sri Petaling. Hotel yang besar di kawasan tersebut, tapi sayangnya tiada kemudahan Wi-Fi malahan kemudahan rekreasi. Tempat berkursus pula di Jln. Kuchai Lama, kira-kira 8KM dari hotel.

Malam ke-2 di sana, sya ditemukan seorang

Sunday, November 29, 2009

Monday, November 16, 2009

Silver Bar for SALE!

Silver Bar 1 0z (31.1 gram) for sale dengan harga yang menarik.
Ada 5 oz kesemuanya, sms 0193931745 for best price ;)

Jenama SilverTowne purity 999

Sunday, November 15, 2009

Tentang Islamic DInar & Emirates Gold

Alhamdulillah, Sabtu lepas tuhan permudahkn rezeki sya untuk memiliki emas dinar muslim (4.25gram). Pilihan utama untuk memiliki dinar emas. Di belakang dinar tersebut terpampang gambar ka'abah (Pembetulan - Masjid Nabawi Madinah sebenarnya). Manakala di hadapannya pula tertera tulisan arab "Tiada tuhan yg di-sembah melainkn Allah" & "Muhammad itu pesuruh Allah". Saya membelinya daripada syarikat Islam --> http://www.nubex.com.my. Ada beberapa perbezaan yg ketara antara dinar keluaran Public Gold dan keluaran Nubex (Wakala).
1. Harga jualan dinar PG sedikit tinggi berbanding dinar keluaran nubex. Walaupun begitu, spread harga untuk kedua-duanya adalah sama.
2. Dinar PG lebih kecil berbanding dinar Nubex. Pun begitu, berat kedua-duanya adalah standard (4.25 gram).
3. Dinar PG buatan Malaysia, manakala dinar Nubex adalah buatan Emirates Dubai dan standard Islamic Dinar sedunia.
Sya juga membeli 10g gold bar 999 purity sebagai pelaburan. Hasil daripada gadaian di Agro Bank tempoh hari, keseluruhan modal sya gunakan untuk membelinya. Yang menariknya selain Islamic Dinar, Nubex juga menawarkan gold bar serendah 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Sesuai untuk pelabur emas yang mempunyai modal yg kecil (mcm sya ;) Harga untuk gold bar tinggi sedikit dibandingkan dengan PG. Tetapi spread untuk kedua-duanya masih sama dan rendah.
Urusan jual beli amat lah puas hati. Create akaun pada website Nubex dan pilih Dinar atau Gold Bar yg hendak dibeli. Apabila conform order, pihak Nubex akn menelefon anda. Terpulang kepada buyer samada urusan C.O.D atau postage.
Urusan COD lebih mudah dan seronok (kongsi ilmu emas). Wakil Nubex Encik Bahtiar nampak macam risau agaknye pegang duit banyak..hehehehe. Anyway, Nubex adalah syarikat Islam dan baru mula berkembang. Menurut Encik Bahtiar, pasaran tidak terhad di Malaysia shj kerana merangkumi Asia Tenggara (Indonesia (WAKALA), Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei).
Nubex tidak menawarkn skim pelaburan emas mcm EE dsb. Mereka hanya menjual dan membeli emas. Tidak lebih dari itu. Semoga syarikat ini terus berkembang. Semoga Allah permudah/berkati rezeki sya untuk memiliki emas yang lain di masa akan datang. InsyaAllah...

Monday, November 09, 2009

Invest In Gold

Tinggal Kenangan- Sob...sob...:(

Lama rasenye x update blog nih. Maklumlah, internet kt ILP skrang ni macam siput. Alhamdulillah malam ni connection cantik sikit dari biase. Saja nk share ngan semua minggu lepas beli emas 999 (Orang lama panggil emas se-puloh). 10Gram Bunga Raya tu sya beli di kedai emas Poh Kong dan yg 20Gram Public Gold ni sya beli dari kawan. Syukor sebab emas dalam trend naik harga. Dinar yang sya beli dulu pon da ada untung sikit. Semoga tuhan permudahkan rezeki. Amin...

Mudah-mudahan overlap dengan koperasi lepas.
Dapat extra-money bole beli emas lagi..Hehehehe



Friday, October 16, 2009

Tuesday, October 13, 2009

Lagi GambarJamuan Aidilfitri


Encik Al dan Saya

Jamuan Aidilfitri

Pada 19 - Oct yang lalu, bertempat di DSG ILP Ledang, telahpun berlangsung jamuan Aidilfitri kursus I.T. Majlis bermula jam 2.00 petang di mulai dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan dari KB dan KJ. Kemudiannya persembahan dari pelajar semester 1 hingga 4. (5 dan 6 maner?). Dan acara yang ditunggu-tunggu tak lain tak bukan acara makan...Hahahaa.. Majlis berakhir jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya...

Ucapan aluan dari Ketua Bahagian Cik Maharani. Ayu orangnya... :)

Student Semester 2 sedang membuat persembahan

Cik-Cik yang setia bersama I.T sehingga sekarang (Cun x? :)

Ape yang korang buat tu haa!!!

Lagi cik-cik yang memenuhi I.T (Cube teka mana satu anak dara?)


Kancil ku Sayang!

Lama tak nge'Blog'. Sya nk kongsi sikit pengalaman tentang tuning enjin keta (RM15 shj) di workshop yg berhampiran. Tujuannya untuk meningkatkn pickup (sikit arr) dan juga penggunaan minyak yang lebih efisyen. Proses ni ambik masa sekejap je, dalam 15-20 minit. Sebelum raya tempoh hari buat. OK la untuk keta yg da nak abis bayar :)

Saturday, September 26, 2009

Lebaran

1 Syawal yang lalu, penulis telahpun selamat sampai beraya di kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh Perak. Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga beraya serba sederhana tetapi cukup meriah terutama sekali dengan kehadiran adik penulis yang 2 tahun beraya di Australia kini bersama-sama meraikan aidilfitri di kampung halaman.

Hannah sekeluarga pun beraya sekali dengan tema merah kembang si bunga raya. Hannah mungkin seronok beraya cuma belum pandai bermain bunga api, kalu x lagi seronok.

Ayom tengah mengira hari untuk bergelar isteri. Harap-harap majlis nanti berjalan dengan selamat. Rasenye semua da diuruskan, tinggal harinye lagi. Akad nikah kat rumah kali ni. Senang kata ayah. Sayu pulak rasenye bile adik sorang-sorang kahwin. Huhuhuhuhu....



Friday, September 11, 2009

Dinar Emas

Salam untuk semua pembaca yang budiman. Sedar atau tidak sehingga hari ini kita telah memasuki hari ke-21 Ramadhan 1430. Betapa masa mencemburui kita dengan pantas. Semalam penulis ditemukan dengan seorang agen Public Gold, saudara Azdi pensyarah di Kolej Matrikulasi Ledang. Memandangkan saudara Azdi ini paling hampir dengan tempat kerja penulis, maka senanglah berunding berkenaan dengan dinar emas. Alhamdulillah, penulis membeli 1 Dinar emas dengan harga PG RM497 dan belum sampai pon 2 hari dinar emas PG kini bernilai RM505 sehingga jam 9.30 malam.

Saudara Azdi seorang yang peramah jugak la dan ada ilmu yang penulis kongsi bersama dengan beliau. Rupanya beliau dan isteri merupakan sahabat dengan adik penulis (Erny Julia), satu batch semasa mereka menuntut di UKM Bangi. Inilah emas dinar pertama yang penulis miliki, semoga ini bukan yang terakhir. Amin...

Monday, August 31, 2009

Merdeka & Handphone



Pagi ini penulis dipilih untuk mewakili ILP Ledang bagi menghadiri perhimpunan menyambut kemerdekaan kali ke-52 bertempat di Dataran Ledang Tangkak. Perhimpunan disertai hampir 80 buah syarikat/NGO/Kerajaan/Badan Berkanun/Persatuan/Institut Pengajian Tinggi dan lain-lain Persatuan Taichi Ledang pon ade).

Acara bermula jam 8 dan tamat kira-kira jam 10 pagi. Tiada kawad/raptai, sekadar perbarisan statik bagi menghormati bulan Ramadhan. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku pimpinan oleh kumpulan koir yang terdiri dari pelajar sekolah daerah Ledang. Seterusnya penyampaian sajak dan lakonan semula Bukit Kepong. Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan. Ada banyak kategori dan ILP Ledang merangkul tempat ketiga kategori Hiasan Bangunan Institut Pengajian Tinggi daerah Ledang.

Apa erti kemerdekaan bagi anda?

"Umat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW"

"Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial"

Tuesday, August 25, 2009

Bazar Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan buat kali ini. Bulan yang mulia ini membuka pintu rezeki buat peniaga bazar ramadhan khususnya untuk menambah pendapatan. Penulis berpeluang mendapat tapak berniaga di Bandar Saujana Putra dengan kadar sewa RM80 sebulan. Sewa ini jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan Danga Bay JB sehingga mencecah RM 4000 sebulan hanya untuk sewa tapak. Pon begitu, penulis percaya ramai peniaga yang mengambil peluang tersebut. Bazar ramadhan di Bandar Saujana Putra mempunyai hampir 60 buah tapak niaga. Walaupun kunjungan pelanggan tidaklah semeriah bazar ramdhan di tempat lain ex Taman Medan dsbnya, tuhan itu maha kaya. Dengan pendapatan harian ratusan ringgit, ianya amatlah berbaloi. Majoriti penduduk disini berbangsa melayu Islam. Pon begitu masih juga terdapat lain2 kaum mengambil kesempatan membeli juadah untuk dijadikan santapan. Semoga kita sentiasa bersyukur di atas setiap rezeki-Nya dan mohon dijauhi dengan sifat kufur. Amin...

Tuesday, August 18, 2009

Mana Satu Pilihan Hati?


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan)."

Ini menunjukkan betapa tingginya nilai emas. Suatu hari nanti, duit yang kita gunakan tidak lagi berharga kecuali emas dan perak.

Sebenarnya konsep pelaburan emas di Malaysia masih baru. Harga emas pun semakin naik dari masa ke semasa. Malah dari tahun 2006-2007,dalam masa setahun sahaja ia naik 33.3%.

Kenapa Memilih Emas?

- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Cubalah jenguk-jenguk laman sesawang Jutawanemas.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee semasa hayat beliau, selalu juga kita boleh nampak lakonan/filem beliau menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli. P.Ramlee cuba memberitahu kita melalui lakonannya seperti apa yang Rasullullah sampaikan.

Sebenarnya Dinar mewakili nilai emas manakala Dirham mewakili nilai Perak. Tanpa disedari, Emas dan Perak ini telahpun digunakan selama 2000 tahun semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan sebagai mata wang dunia. Sewaktu pemerintahan Khalifah 'Umar bin al-Khattab, beliau telah menyeragamkan mata wang dunia kepada Emas dan Perak dan sukatan timbangan 1 Dinar = 4.25gram manakala 1 Dirham = 3gram. Standard ini masih digunapakai hingga sekarang. Kemanapun Dinar dan Dirham dibawa, nilainya tidak akan berubah . Sekeping syiling Dinar dan Dirham akan tetap 4.25 gram emas 22 karat, dan sekeping Dirham adalah 3 gram perak tulin. Di negara manapun ditimbang, sama ada di Afrika Selatan, Hongkong, London, New York, Paris, atau Kuala Lumpur, nilainya tetap tidak berubah.

Dan satu perkara yang memeranjatkan, mata wang dunia sekarang ini menggunakan U.S Dollar hanyalah baru diguna pakai pada dalam tahun 1970!

Semoga ada perkara yang kita boleh kongsikan bersama.

Wednesday, August 12, 2009

BUNKFACE - REVOLUSI

aku keliru

menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

OO.. OH OO..OH

C/O
Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

C/O dan C/O lagi..

Ada banyak perkara yang berlaku dalam bulan July dan August hingga hari ni. Penulis berada dalam keadaan yang moody ditambah lagi dengan internet proxy yang macam 'hampeh' langsung x de mood nk update blog. Insyaallah awal puasa nanti penulis kembali aktif. Jadi penulis akan list out antara perkara yg berlaku setakat yang mampu diingati...

29July - 04Aug = ILP Ledang ditutup (kuarantin) akibat virus H1N1. Dalam tempoh ni, penulis banyak membuang masa, turun Pertama Complex KL pegi carik rubber (pimple) utk blade dan selebihnya 'melesot' di rumah :)

08Aug - 09Aug = Hari Sabtu ade majlis pertunangan sepupu di Pandamaran Klang. Malam tu pulak balik Sekinchan coz ade kenduri sempena menyambut Ramadhan.

Gambar dan video kendian lah upload :( tunggu internet connection cantek!)



Wednesday, July 22, 2009

Boring!

Semalam penulis berlatih bersama table yang dilipat 2. Inilah akibatnya kalau x de sparing partner. Antara kelebihannya berlatih sebegini boleh improve sedikit pace dan timing ketika stroke.

Tuesday, July 21, 2009

Monday, July 20, 2009

Update - Another 'Keris'





Dawei GTO Arylate-CARBON nama keris ni. Dimiliki oleh Encik Zam
(kursus Teknologi Plastik) Disaluti dengan 'Sriver' pada forehand dan
'DHS Hurricane' di sebelah backhand. Berat sedikit compare ngan
keris milik penulis. Performance ok, secara overall harga complete
RM 200. Sriver memang terkenal lama dan masih digunakan oleh
player dunia pada masa ini.

Thursday, July 16, 2009

Kasut Old Scholl Dragonfly

Kasut Dragonfly import dari negara China (Hehehehe!) memang nostalgik. Penulis masih ingat lagi area pertengahan tahun 80-an, waktu tu kasut ni memang senang carik kt kedai cine kt area Bagan Datoh, waktu tu, zaman Razif dan Jailani sidek jaguh badminton negara pernah pakai kasut ni. Sekarang nie susah nak carik, sampaikan penjual kt kedai kasut sendiri pon bile ditanya tentang kasut sukan Dragonfly diaorng x tau, walhal kedai diaorng memang ade jual kasut tu! Barulah penulis tau mengapa kasut ni amat sesuai untuk pemain badminton dan table-tennis.


Grip die yang paling best! Betul2 lekat, kasut yang ringan dan harga yang cukup murah (RM 14) Cuma masa memula pakai, ibu jari kaki rase kurang selesa compare ngan kasut berjenama yang ade dipasaran. Tapi bagi penggemar table-tennis macam penulis sendiri, kasut ni masih berbaloi untuk dimiliki dan amat popular disekitar pantai timur malaysia. Setelah sekian lama mencari dan tercari-cari akhirnya berjumpa juga. 20 tahun lebih, ianya masih 'sebutir permata' yang berharga.

KHILAFAH


Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat. Seminar ini akan di adakan seperti butir- butir di bawah:

Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma

Anjuran Bersama : Khilafah Centre & Hizbut Tahrir Malaysia


Sumber : mykhilafah

Tuesday, July 07, 2009

Bowling Friendly Tournament (MP)

Gambar sebelum game berlangsung (Team underdog pada awalnya)

Aksi penulis membuat balingan penuh bergaya sambil diperhatikan oleh seorang model :P

Gambar beramai-ramai sebagai kenangan

Gambar selepas perlawanan. Team General merangkul tempat pertama dalam acara berpasukan, hanya 3 jatuhan pin memisahkan dengan tempat ke-dua.

Ayam di A'Famosa

Layan ar anak ayam ni!

Jalan-Jalan



Pada 6 June yang lalu, penulis bersama wife pergi bersiar-siar di Melaka.
Sebelum tu singgah sekejap kat Brisu D'Paradise. Syurga buah-buahan
yang diharapkan tidaklah sehebat mana. Bukan hendak mengata, cuma
itulah hakikat yg perlu diterima. Tiket RM 46 sekali masuk dan boleh
makan apa sahaja buah2 selagi terdaya. (Kami x masuk pon ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...