Sunday, January 01, 2012

Cerita 2011 dan Harapan 2012


Ok. Aku nak mengenang kembali cerita pahit manis 2011 yang mana aku ingat mengikut fakta tetapi tidak mengikut turutan :

Antara Yang Manis :
1. Samsung LCD TV suda abis bayar se-awal tahun yg lalu.
2. Menjadi Juara pingpong berpasukan sukan ILJTM.
3. Melatih peserta MySKill yg memenangi pingat emas.
4. Membeli Mini Scarf Liverpool direct dari Bandar Liverpool.
5. Rumah semi-D di BTP Rawang disewakan kepada penyewa.
6. Mendapat Pembakar Roti jenama Electrolux percuma!
7. Menghadiri family day di Gambang Waterpark.
8. Pergi menyokong Harimau Muda di Bukit Jalil.
9. Mengikuti kursus DSLR selama 3 Hari.
10. Bersama Family di Perak ketika Syawal menjelma.

Antara Yang Pahit :
1. Laptop aku memberi isyarat kerosakan.
2. Setel saman yg bukan aku yg buat.
3. Setel Bil Api dn Air dn Cukai pintu tertunggak.
4. Sedang menunggu zuriat
5. bla..bla..bla

Syukur Alhamdulillah, lebih banyak yg manis berbanding yg pahit. Nampak macam lebih ke arah duniawi saja. Untuk bekalan di alam sana, aku sudah berjaya menghafal beberapa doa selepas solat, mendengar ceramah ustaz azhar idrus 2 hari sekali dan memasang channel 106 bila maghrib kunjung tiba. Semoga Allah memberi lebih banyak kenikmatan dn kerahmatannya kepada aku sekeluarga sepanjang tahun 2012. Tiada azam utk 2012 kerana itu nampak macam poyo dan skema. Lebih kepada harapan sebenarnya.

ish..malas pulak nak menulis harapan.... 

1 comment:

NanyFadhly said...

What a good start. Things are happened for reasons.Bersangka baik dengan ALLAH dan teruskan berdoa, semoga semua amalan kita diterima olehNYA. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...