Friday, December 14, 2012

Sekadar Luahan Rasa Tom Yam edisi Jumaat


OK...Entri kali ini adalah tipikal bagi seorang peminat atau penyokong bolasepak Malaysia. Mind set aku belum cukup kuat untuk mengamalkan idealogi "kalau tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang". Kekalahan kepada Thailand menunjukkan betapa bolasepak di Malaysia sebenarnya masih terlalu jauh. Sejauh Bangladesh mungkin. Rajagobal menumpukan sasaran layak ke Piala Asia 2015. Macammana hendak layak, tuhan sahaja yang tahu.
 
Berbalik kepada game semalam (13-12-2012). Betul lah berpunca daripada yang Ref terlebih makan apa agaknya sehingga kerap memberi kad seperti memberi pamplet percuma di pasar raya lagaknya. Di saat Fadhli Sas yang merupakan benteng kental pertahanan negara dilayangkan kad kuning kedua lantas dibuang padang, bermulalah huru-hara di kedai mamak/restoran/rumah/facebook/twitter bagai. Huru-haranya Malaysia diterjemahkan oleh pemain Harimau Malaya di atas padang.

Disampuk oleh quote 'I know my player', ntah macam mana Rajagobal sampai hati meletakkan Amar di bahagian CB????Da F**k??!! Kamon lah woii..aku yg x reti main bola ni pun tau lah!! Si Amar tu tu x layak menyarung jersi Malaysia selamanya. 'Assist' Amar kepada penyerang Thailand menyebabkan gawang Malaysia bolos. (Aku malas nak ngapal nama player Thailand nih..). Aku pernah berkata - "Malaysia jangan bolos dulu, kalu x...mesti haru biru!". Nyesal aku cakap mcm tu...
 
Begitu juga dengan Aidil. Masalah lari membayar nafkah dengan Rita Rudaini nampaknya di bawa-bawa ke padang dengan tiap kali tendangan situasi dead-ball yang diambil, sedozen pasti akan ke angkasa lepas seperti ultraman terbang ke angkasa tanpa hala tuju seusai memusnahkan raksaksa.
 
Bagaimana pula dengan Shafiq? Ya..Kapten Harimau Malaya! Kalau di Englang, apabila David Beckham tidak dapat menyempurnakan sepakan penalti yang menyebakan negaranya tewas kepada France  dalam perlawanan pembukaan group-B edisi euro2004, suratkhabar di sana selamba saja melabelkan beliau sebagai 'lembu'. Ya...Aku ulang lagi...'Lembu'. Anak lelakinya yg tidak bersalah juga turut menerima tempiasnya sebagai 'Anak Lembu'. Cuma bezanya suratkhabar mereka ada yang proFA dan ada yang tidak. Berlainan di Malaysia, mereka bersatu mencemuh ketika diperlukan dan memuji tahap galaksi ketika diperlukan juga. Agak-agaknya Shafiq ni nak di labelkan sebagai apa?...
 
Badrol Bahtiar dikenang sebagai kapten skuad emas 2011 sukan sea di Indonesia. Entah kenapa beliau tenggelam ketika bersama Kedah dan Harimau Malaya.
 
Ma yo (Hasbullah Awang) terkapai keseorangan di tomoi oleh Thailand. Manakala Safee sudah berat dan tidak tajam seperti dahulu.

Padang sawah, jaring gol berlubang dan tiada bilik persalinan bukan alasan. Betul, Thailand mungkin bermain sesuatu, tapi apa kejadahnya pegawai bertanggungjawab di FAM tak reti-reti nak pergi ke Thailand 2-3 hari sebelum game. Susah ke kerja untuk memastikan padang latihan dan tempat menginap yang gerenti baik untuk Harimau Malaya? Nampak tak permainan FAM?.. sebenarnya Bangang?
 
Aku salahkan Raja dalam pemilihan pemain untuk edisi AFF kali ni. Tiada sorang pun pemain yg berasal dari negeri yg memenangi 3 kejuaraan di Malaysia kecuali Wak Lan dan Apek dan sorang lagi ape nama die ntah. X abis-abis dengan eksperimen. Walaupun Shabery Chik hari ini mengatakan 'Harimau Malaya pamer aksi terbaik', pada aku statement itu sekadar melepaskan kahak di tangga. Apa yang terbaiknya aku sampai abis rokok sebatang cuba untuk memahaminya.
 
Mungkin orang akan bercakap, time menang di puji time kalah di maki. Itulah hakikatnya. Itu adalah budaya bolasepak peminat/penyokong Malaysia yang sudah bosan dengan semua permainan ini. Penyokong yang ke stadium mempunyai satu sahaja matlamat. Menang! Kalau kalah memang jadi bahan. Aku boleh terus mencemuh, tapi cukuplah. Busuk-Busuk Pahlawan-Ku!



Aku tidak pasti apa percaturan FAM selepas ini. Soalan itu aku ajukan pada kalian untuk mencari jawapan. Letih!!!
 
Take Good Control Of Two Things:
Your Heart After Defeat & Your Mind After Victory
- bukan jose mourinho
   

1 comment:

ayu nabila said...

mat yo siap bersilat mase nak mdapat kan bola dr player thailand ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...