Wednesday, December 16, 2015

FAEDAH YANG DIPEROLEHI SEBAIK SAHAJA BERHENTI MEROKOK

Rasanya bertahun juga blog ni tidak di updated. Bukan setakat bersawang. Tapi ada perkara yang sangat penting yang aku ingin kongsikan. Seperti di bawah ini (Baca semula tajuk di atas):

Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selepas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.

Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh. Ini membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.

Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.

Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.


Friday, November 29, 2013

Selamat Tinggal Australia 2015


Walaupun dengan kekalahan 0 - 1 di tangan Qatar tempoh hari, ranking Malaysia pada senarai FIFA melonjak sebanyak 2 takuk kepada 158. Sekaligus menutup terus kelayakan Malaysia ke Piala Asia 2015 yang akan berlansung di Australia. Ranking terbaru ini sebenarnya menyamai ranking Malaysia pada bulan January yang lalu. (Nampak kan permainan FAM?). Pada Februari yang lepas, ranking Malaysia berada pada tangga ke-162. Dan ketika ini Bangladesh tersenyum sinis bila mengetahui ranking mereka lebih baik dari Malaysia. Negara yang sukannya berteras kepada kriket dan hoki, dengan kemudahan yang mundur telah berjaya menyepak bola lebih baik berbanding Malaysia.

Untuk rekod, di Asia Tenggara, Malaysia berada jauh di belakang Filipina (133), Myanmar (140), Thailand (142), Singapura (154), manakala untuk Asia pula Malaysia statik di tempat ke-31 daripada 46 buah negara. Tahun 2014 adalah tahun di mana ranking Malaysia sepatutnya akan lebih baik berbanding sekarang. Sama-sama kita nantikan.

Friday, September 06, 2013

Pesta Bola Merdeka 2013

 
 
Ketika artikel ini ditulis, kurang 48 jam lagi akan berlangsungnya Kejohanan Pesta Bola Merdeka. Ironinya, semacam tiada hebahan dari kaca tv mahupun facebook sendiri. Sehinggakan facebook HarimauMalaya(official) selamba saja mengupload gambar yang tiada kaitan dengan bolasepak. Membuktikan kejohanan yang tertua di Asia ini hilang serinya tidak serupa dulu. Asal Pesta Bola Merdeka bertujuan meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Entah kenapa dari tahun 2009 hingga ke 2012 ianya tidak dilangsungkan malah dibatalkan.
 
 
Hanya 4 pasukan termasuk Malaysia menyertai kejohanan kali ini. Ya, empat pasukan sahaja. Semua pasukan menghantar skuad U23. Medan terbaik untuk Ong Kim Swee menguji sejauh mana keupayaan skuad bawah 23 tahun dalam misi mempertahankan pingat sukan SEA akan datang. Thailand, Singapura dan Myanmar (suatu ketika dipanggil Burma) akan menentang pasukan Malaysia yang akan dijalankan secara 4 penjuru.
 
 
Jarak antara kampung Sagil dengan Stadium Darul Makmur lebih kurang 240km. Dengan harga tiket serendah RM38 hingga RM375 dan kenaikan minyak 20sen seliter, adalah lebih baiknya aku melayan di depan kaca tv. Chnl Astro 834HD. Aku harap stadium terbakar dengan smoke bomb dan flare!!! Serta chant yang meruntuh jiwa FAM.
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...