Friday, November 29, 2013

Selamat Tinggal Australia 2015


Walaupun dengan kekalahan 0 - 1 di tangan Qatar tempoh hari, ranking Malaysia pada senarai FIFA melonjak sebanyak 2 takuk kepada 158. Sekaligus menutup terus kelayakan Malaysia ke Piala Asia 2015 yang akan berlansung di Australia. Ranking terbaru ini sebenarnya menyamai ranking Malaysia pada bulan January yang lalu. (Nampak kan permainan FAM?). Pada Februari yang lepas, ranking Malaysia berada pada tangga ke-162. Dan ketika ini Bangladesh tersenyum sinis bila mengetahui ranking mereka lebih baik dari Malaysia. Negara yang sukannya berteras kepada kriket dan hoki, dengan kemudahan yang mundur telah berjaya menyepak bola lebih baik berbanding Malaysia.

Untuk rekod, di Asia Tenggara, Malaysia berada jauh di belakang Filipina (133), Myanmar (140), Thailand (142), Singapura (154), manakala untuk Asia pula Malaysia statik di tempat ke-31 daripada 46 buah negara. Tahun 2014 adalah tahun di mana ranking Malaysia sepatutnya akan lebih baik berbanding sekarang. Sama-sama kita nantikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...