Thursday, May 21, 2009

Keris Kesayangan (PRIMO VITESSE)

"Look after your bat properly, and it will look after you out on the table!"

Inilah blade pertama yang aku beli di Pertama Kompleks. Primo Vitesse Carbon (Off+). Blade yang ringan, sesuai dengan offensive player. Speed pada skala 10 & Control pula 7. Antara blade yg terlaju dalam kelasnya. Pemakai perlu mensesuaikan kelajuan Top-Spin supaya tidak 'terbabas'.

5ply + 2 thin carbon layer membuatkan blade ini cukup ringan. (Off+) bermaksud Offensive Premium, pemakai mesti bermain secara menyerang dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan prestasi tahap optimum.

Penulis menggunakan rubber (max) Tibhar Phantom X-press pada FH dan BH pula (1.7) Butterfly Flextra easy handling. Sesetengah dari kawan penulis berpendapat rubber Flextra sesuai untuk kawalan dan 'tampar'. Pada pendapat penulis Flextra mempunyai spin yg lebih. Bergantung kepada keadaan, adakalanya penulis menggunakan Tibhar sebagai FH dan selalu juga menggunakan Flextra sebagai FH.

Dengan harga rm250, overall rating ialah 8/10 memandangkan ini ialah Blade pertama yang penulis gunakan dan pasti akan menggunakan bat ini sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

2 comments:

Hannah said...

Peyooohhh!! RM250. Buat kipas ikan bakojer la nang kampung! wakakakaka

NeN said...

Hahaha...minat punye pasal! Hujung bln 7 nie ade kejohanan sukan staf iljtm selatan, sebelum tu plan nk wat friendly ngan bomba tangkak & tnb segamat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...