Sunday, November 15, 2009

Tentang Islamic DInar & Emirates Gold

Alhamdulillah, Sabtu lepas tuhan permudahkn rezeki sya untuk memiliki emas dinar muslim (4.25gram). Pilihan utama untuk memiliki dinar emas. Di belakang dinar tersebut terpampang gambar ka'abah (Pembetulan - Masjid Nabawi Madinah sebenarnya). Manakala di hadapannya pula tertera tulisan arab "Tiada tuhan yg di-sembah melainkn Allah" & "Muhammad itu pesuruh Allah". Saya membelinya daripada syarikat Islam --> http://www.nubex.com.my. Ada beberapa perbezaan yg ketara antara dinar keluaran Public Gold dan keluaran Nubex (Wakala).
1. Harga jualan dinar PG sedikit tinggi berbanding dinar keluaran nubex. Walaupun begitu, spread harga untuk kedua-duanya adalah sama.
2. Dinar PG lebih kecil berbanding dinar Nubex. Pun begitu, berat kedua-duanya adalah standard (4.25 gram).
3. Dinar PG buatan Malaysia, manakala dinar Nubex adalah buatan Emirates Dubai dan standard Islamic Dinar sedunia.
Sya juga membeli 10g gold bar 999 purity sebagai pelaburan. Hasil daripada gadaian di Agro Bank tempoh hari, keseluruhan modal sya gunakan untuk membelinya. Yang menariknya selain Islamic Dinar, Nubex juga menawarkan gold bar serendah 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Sesuai untuk pelabur emas yang mempunyai modal yg kecil (mcm sya ;) Harga untuk gold bar tinggi sedikit dibandingkan dengan PG. Tetapi spread untuk kedua-duanya masih sama dan rendah.
Urusan jual beli amat lah puas hati. Create akaun pada website Nubex dan pilih Dinar atau Gold Bar yg hendak dibeli. Apabila conform order, pihak Nubex akn menelefon anda. Terpulang kepada buyer samada urusan C.O.D atau postage.
Urusan COD lebih mudah dan seronok (kongsi ilmu emas). Wakil Nubex Encik Bahtiar nampak macam risau agaknye pegang duit banyak..hehehehe. Anyway, Nubex adalah syarikat Islam dan baru mula berkembang. Menurut Encik Bahtiar, pasaran tidak terhad di Malaysia shj kerana merangkumi Asia Tenggara (Indonesia (WAKALA), Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei).
Nubex tidak menawarkn skim pelaburan emas mcm EE dsb. Mereka hanya menjual dan membeli emas. Tidak lebih dari itu. Semoga syarikat ini terus berkembang. Semoga Allah permudah/berkati rezeki sya untuk memiliki emas yang lain di masa akan datang. InsyaAllah...

7 comments:

ebizz said...

Salam,

saya ada tempah 1 dinar NUbex ni, tapi tak tipon2 lagi nih.

Bagi saya pembelian tu taklah berapa penting tp usaha Muslim untuk mengeluarkan dinar adalah satu usaha yg baik dan murni,

Jom, pakat beli n simpan dinar Islam ramai2

Kurast said...

Salam..tq ebizz atas komen bernas. Sama-samalah kita menyimpan dinar islam, Insyaallah...p/s : kalau x diaorng x call, cube check email ebizz, x pon call je diaorg balik..

rNd said...

pembetulan..gambar belakang dinar muslim adlah masjid nabawi..madinah..bukan kaabah...

Kurast said...

OK tq, sya tersilap... :)

cdanhash said...

Salam tuan, tahniah kerana sudah memiliki Dinar Muslim... jika boleh hamba bertanya, pembelian melalui cod pun gunakan web ke, apakah boleh dgn tel lock harga dan bayar/ambil di pejabat jualan

Kurast said...

Salam..boleh, tapi mereka akn advise supaya tuan perlu buka akaun dlm website Nubex (free). So bile da ade akaun tuan bole lock harga dan beli emas tersebut. Mungkin Nubex buat begitu supaya adenye black & white.

Waktu sya memiliki dinar tempoh hari sya x pegi pon ofis diaorng. Malas la (hehehhee..) Jumpe kt kedai mamak best sambil2 ngeteh :)

Cuba la tuan telefon dan deal, mungkin boleh, kalau boleh jgn lupe beritahu sya ;)

Anonymous said...

Salam,

ebizz, apa nama sebenar ebizz masa lock harga di website Nubex tempoh hari? Saya adalah person in charge bersama-sama dgn En Bakhtiar.

Setakat ini semua pelanggan kami yang menghantar email dan membuat pesanan dihubungi oleh kami melalui email atau telefon.

Sekiranya ebizz masih tidak dihubungi, sila email kami di info(at)nubex.com.my atau hubungi En Bakhtiar di 013-3999688.

Terima kasih atas sokongan semua!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...