Tuesday, August 18, 2009

Mana Satu Pilihan Hati?


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan)."

Ini menunjukkan betapa tingginya nilai emas. Suatu hari nanti, duit yang kita gunakan tidak lagi berharga kecuali emas dan perak.

Sebenarnya konsep pelaburan emas di Malaysia masih baru. Harga emas pun semakin naik dari masa ke semasa. Malah dari tahun 2006-2007,dalam masa setahun sahaja ia naik 33.3%.

Kenapa Memilih Emas?

- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Cubalah jenguk-jenguk laman sesawang Jutawanemas.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee semasa hayat beliau, selalu juga kita boleh nampak lakonan/filem beliau menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli. P.Ramlee cuba memberitahu kita melalui lakonannya seperti apa yang Rasullullah sampaikan.

Sebenarnya Dinar mewakili nilai emas manakala Dirham mewakili nilai Perak. Tanpa disedari, Emas dan Perak ini telahpun digunakan selama 2000 tahun semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan sebagai mata wang dunia. Sewaktu pemerintahan Khalifah 'Umar bin al-Khattab, beliau telah menyeragamkan mata wang dunia kepada Emas dan Perak dan sukatan timbangan 1 Dinar = 4.25gram manakala 1 Dirham = 3gram. Standard ini masih digunapakai hingga sekarang. Kemanapun Dinar dan Dirham dibawa, nilainya tidak akan berubah . Sekeping syiling Dinar dan Dirham akan tetap 4.25 gram emas 22 karat, dan sekeping Dirham adalah 3 gram perak tulin. Di negara manapun ditimbang, sama ada di Afrika Selatan, Hongkong, London, New York, Paris, atau Kuala Lumpur, nilainya tetap tidak berubah.

Dan satu perkara yang memeranjatkan, mata wang dunia sekarang ini menggunakan U.S Dollar hanyalah baru diguna pakai pada dalam tahun 1970!

Semoga ada perkara yang kita boleh kongsikan bersama.

1 comment:

Anonymous said...

kalau kita bijak.. kita akan pilih emas, kerana emas tidak susut nilai.. berbanding dengan wang kertas. berbaloi-baloi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...