Monday, August 31, 2009

Merdeka & Handphone



Pagi ini penulis dipilih untuk mewakili ILP Ledang bagi menghadiri perhimpunan menyambut kemerdekaan kali ke-52 bertempat di Dataran Ledang Tangkak. Perhimpunan disertai hampir 80 buah syarikat/NGO/Kerajaan/Badan Berkanun/Persatuan/Institut Pengajian Tinggi dan lain-lain Persatuan Taichi Ledang pon ade).

Acara bermula jam 8 dan tamat kira-kira jam 10 pagi. Tiada kawad/raptai, sekadar perbarisan statik bagi menghormati bulan Ramadhan. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku pimpinan oleh kumpulan koir yang terdiri dari pelajar sekolah daerah Ledang. Seterusnya penyampaian sajak dan lakonan semula Bukit Kepong. Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan. Ada banyak kategori dan ILP Ledang merangkul tempat ketiga kategori Hiasan Bangunan Institut Pengajian Tinggi daerah Ledang.

Apa erti kemerdekaan bagi anda?

"Umat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW"

"Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...