Tuesday, August 25, 2009

Bazar Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan buat kali ini. Bulan yang mulia ini membuka pintu rezeki buat peniaga bazar ramadhan khususnya untuk menambah pendapatan. Penulis berpeluang mendapat tapak berniaga di Bandar Saujana Putra dengan kadar sewa RM80 sebulan. Sewa ini jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan Danga Bay JB sehingga mencecah RM 4000 sebulan hanya untuk sewa tapak. Pon begitu, penulis percaya ramai peniaga yang mengambil peluang tersebut. Bazar ramadhan di Bandar Saujana Putra mempunyai hampir 60 buah tapak niaga. Walaupun kunjungan pelanggan tidaklah semeriah bazar ramdhan di tempat lain ex Taman Medan dsbnya, tuhan itu maha kaya. Dengan pendapatan harian ratusan ringgit, ianya amatlah berbaloi. Majoriti penduduk disini berbangsa melayu Islam. Pon begitu masih juga terdapat lain2 kaum mengambil kesempatan membeli juadah untuk dijadikan santapan. Semoga kita sentiasa bersyukur di atas setiap rezeki-Nya dan mohon dijauhi dengan sifat kufur. Amin...

2 comments:

NanyFadhly said...

Wah..masyuk la bulan pose nih. Apsal satu jer gambo? amik la gambo ader org tgh berpusu2 membeli..ahaks!..sedap tak roti jhon itu?.

ps : balik kg ke this week?

Kurast said...

Hehehehe...Gamba tu mase dekat buka posa. Da abis di jual, adat niaga ade mase untung dan rugi. Kalau angah sesat ke sana, singgah lah kejap, ikut highway kesas ambik exit persimpangan seafield menghala ke putrajaya/klia/seremban/johor

nota kaki: x balik ngah, ahad ni abg kene ngajo microsoft office (student factory), Isnin plak ade kawad statik sempena hari merdeka kt dataran tangkak. Kalu balik kem salam mak ayah k :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...