Monday, December 26, 2011

Apabila banyak bende nak diceritakan...(Part 2)


Haisshh..kemalasan melanda, jadi aku berkarya ala-ala blog Dr.M atau mahatiew lagaknye :

1. Abang Ipar sekeluarga datang, jam 2 pagi sampai di rumah. Apa yg aku buat jam 2 pagi di waktu cuti?

2. Pagi Sabtu (Okey..tengahari sebenarnya), kami turun kegunung ledang, satu jiwa sokong Malaysia, Singapore An**ng di bunuh saja! Semangat Ultras Malaya, walupun hujan sepanjang, siren berbunyi dan bayaran tiket yg mengarut (aku doakan saja moga terbakar pondok tiket itu!), kami masih boleh beriang-ria sambil berkubang ibarat kerbau kepanasan.

Seronok ye?!....


3. Usai mandi, sebelah malamnye pulak pergi ke Umbai (asalnya). Disebabkan masalah lokasi, hujan, dan kabus sekejap-sekejap di dalam kereta, lalu terus saja ke Sabak Awor. Wak Jos adalah old timer di situ. Setakat Leha ikan bakar atau Wak Man (clone Wak Jos ke..?)... apa barang? X cool ok?!


4. Abis makan, hujan masih manja-manja saja di luar. Terus gerak ke Tanjung. Ada ape kat sane? Ntah! x de ape2 pon! Setakat tgk muka budak2 mintak penumbuk..apahal?!!

Ini bukan budak-budak tu okey!

5. Sebelah Ahadnya, pergi pula ke bukit. Bukan Bukit Fraser ye...Bukit Gambir. Mane pegi gambirnya aku sendiri pun x tau. Cari barang meniaga sikit, sambil shopping baju sekolah. Kendian makan tengahari  di Tangkak Nasi Ayam.

6. 6.30 ptg bergegas ke Bandar Melaka. Seperti yg kujangka Melaka memang jem. Macam haram jemnya, serius ok! Sebab semangat nak naik bot di Melaka River Cruise , aku gagahkan jugak. Seronok la jugak, sebab 1st time kan. RM 10 utk dewasa dan RM3 untuk budak-budak 2 tahun hingga 12 tahun. Bende seronok ape yg x seronok bile buat 1st time kan? Jalan jem, beli tiket pun jem, haram...nak naik feri pon jem bagai beratur panjang. Tapi cameraman memang kapitalis, RM25 untuk gambar cover plastik. Wak Lu!

Di dalam Feri

Bergambar seperti biasa...

7. Abis berferi, gerak mencari makanan. KFC tutup jam 11 mlm, maka pilihan terarah kepada restoren yahudi 24 jam. Belasah, sebab lapar, kira darurat jugaklah. 

Mangan...

8. Bila perut kenyang, pegi ke uptown ke newtown sebelah Melaka Central. Jln-jln cuci mata. Sampai rumah jam 3 pagi..OKbai...

1 comment:

Kurast said...

Seronok sangat nanti boleh la pegi lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...