Hujan sepetang hingga ke malam di Bukit Jalil hari tu. Ape ade hal, kt luar je kene hujan, kt dalam relek2 je sambil makan keropok dan menghisap rokok. Kali ni aku port kat area Gate-Q1 (Rase aku lah), sebelah dengan Ultras Malaya (UM). Sejam sebelum sepak mula, macam-macam gelagat bole tgk kt dlm stadium. Sekarang ni baru aku tau ape yg UM buat sebelum, semasa dan selepas game malam tu. Aku bukan Pro-UM. Aku hanya tulis dari ape yg aku nampak. Jadi, tolong jgn bangangkan aku seperti Sokernet.
Sebelum
1. bersorak dan menyanyi bagaikan orang gila sepanjang masa. apa makan diaorang ni?
2. bawak bendera Malaysia gergasi dan jersi bola Malaysia (walupun kainnya lusoh x ingat)
3. bawak banner "No to Vuvuzela/Air-Hon - Yes to Chant" dan diarak sekitar gate Q1.
4. peniup vuvuzela sakit bontot x puas hati. bangang diaorng ni, buat sakit telinga aku je!
5. menyusun teknik bersorak (ade mamat pegang heller ngan walkie-talkie)
Semasa
1. sebelum nyanyian lagu kebangsaan, kedengaran suara untuk diam! kuat beb! (sshhhhuuuuuuu....)
2. sewaktu negaraku berkumandang, bendera gergasi direntang di atas peminat dan jersi bola (yg lusoh).
3. dikhabarkan ombak di stadium bermula dgn UM. memang pon...
4. bila wisel perlawanan berbunyi, mereka pun berbunyi bagai.
5. kengkadang macam berlawan pulak dgn penyokong team malaysia di sebelah (aku kt tgh-tgh)
Bangang ape team malaysia pakai baju warna oren!
Selepas
Aku no komen, sebab abis je game 10 minit lepas tu aku blah. yang aku nampak mereka masih bersorak. hati kering! aku x sampai tahap tu sebab aku kene jujur pada diri sendiri. Kecewa! Mane tak nya. 80 minit malaysia memang tetiba kalah! Itu lah bolasepak Malaysia. Masih sentiasa memainkan emosi peminatnye.
Pada aku, lantaklah diaorang nak menjerit bagai. Bolasepak Malaysia perlukan mereka. Bolasepak Malaysia juga perlukan pengkritik dan pengkepalabana tetap. Sama jugak macam politik. Pemerintah perlu ade pembangkang. Barulah Malaysia boleh maju, sama halnya dengan bolasepak. Aku ke stadium bukan nak dengar vuvuzela (rase macam nk bagi penumbuk ade la..), bukan nak makan koci sekati dari awal sampai abis game, bukan nak memaki hamun player dengan kata-kata kesat macam vabi, haram j dan sebagai. (setakat mengeluh sorang-sorang membangangkn player mcm tamil tu biaselah). Ape2 pon better luck next time Harimau Muda dn Harimau Malaya!
No comments:
Post a Comment