Friday, June 28, 2013

FA CUP Final - Preview Malam Besok



We're not going to Bukit Jalil!

Kalau korang terpengaruh dengan gambar Nunez, maksudnya korang telah kena main. Entry ini tidak ada kena mengena langsung dengan JDT, jauh lagi Kelantan. Makanya.. aku cuba untuk menghangatkan suasana dengan mengimbas perlawanan akhir Piala FA yang aku kira ANTARA comeback terklasik dalam sejarah mana-mana final Kejohanan dalam Malaysia.

Siapa ingat lagi?
  
Tahunnya 1990, aku ketika itu berusia 12 tahun. Waktu di mana aku perlu ikut ayah aku jika mahu ke stadium, dan malam itu, ayah aku mengambil keputusan untuk tidak ke stadium kerana beliau bukan kaki-bola. Lebih-lebih lagi stadium yang berada hampir 200km dari kampung halaman aku diibaratkan jauhnya seperti di Stalingrad. Memandangkan ekonomi pada zaman itu sangat tidak mengizinkan. Justeru, dengan berbekalkan tv yang saiznya aku sendiri pun dah lupa, beristiqomah lah aku bersama emak, ayah dan adik beradik perempuan aku yang lain.

Aku tersentuh dengan cerita-cerita yang aku jumpa di laman sesawang mengenai salah satu 'greatest comeback in Malaysian football' iaitu kemenangan Perak dalam edisi sulung Piala FA pada tahun 1990.

Perlawanan akhir edisi sulung Piala FA menemukan Perak dan Selangor di Stadium Merdeka. Selangor pada masa itu salah satu pasukan terkuat dan baru sahaja menjuarai Divisyen 1 tahun 1989. Perak pula merupakan pendatang baru Divisyen 1 setelah di promosi naik kerana menjadi naib juara Divisyen 2 pada tahun 1989.

M Karathu yang menjadi pengurus Perak pada tahun 1990 sedar bahawa skuad Seladang sudah cukup baik dengan pemain tempatan tetapi tidak cukup bagus tanpa pemain import. Tanpa berlengah, tahun 1990 menyaksikan kemasukan benteng kukuh dari Korea Selatan, Jang Jung dan dua lipas kudung Myanmar iaitu Aung Naing dan Kyi Lwin. Bersama P Ravindran (The Kinta Express), anak muda Taiping bernama Muhammad Nidzam Adzha di bahagian serangan dan tidak lupa pemain tengah terbaik Malaysia, Azizol Abu Haniffah, Perak pada masa itu boleh dikira sama kuat dengan FC Barcelona.

Walaupun tidak banyak harapan diletakkan, Perak bagaimanapun berjaya ke akhir Piala FA untuk berentap dengan Gergasi Merah Kuning, Selangor.

Dalam tempoh 45 minit pertama Selangor telah mendahului 2-0. Perasaan aku ketika itu macam biasa saja. Mungkin usia aku pada masa itu tidak seghairah sekarang. Kalau tidak, pasti emakku beristighfar panjang mendengar aku memaki hamun. Lagipun, aku yakin penampar ayahku bakal singgah dipipiku sekiranya aku bertidak sedemikian bodoh. Walau sudah ketinggalan, aku tengok ayah cool saja.

M Karathu yang sekarang ini bergelar Dato' dan bersyarah di program astro Bola@Mamak, mengeluarkan syarahan Tamil beliau ketika waktu rehat, tiba-tiba Perak muncul pada separuh masa kedua dengan semangat yang lain macam.

Dari ketinggalan 2 gol, Perak menyamakan kedudukan. Kemudian tidak cukup dengan itu 2 gol lagi diledakkan oleh entah siapa aku pun dah lupa untuk memastikan Piala FA menjadi milik Perak.

Kejuaraan Piala FA tahun 1990 tiba pada waktu yang memang dinantikan oleh penyokong Perak. Sebab sebelum itu 20 tahun sudah berlalu semenjak Perak kali terakhir memenangi Piala Malaysia (1970) dan melalui zaman kemerosotan yang lama.

Ikut kata orang, kemenangan Piala FA itu menjadi asal-usul wujudnya lagu 'Ipoh Mali' yang dinyanyikan mengikut nada When The Saints Go Marching In. Perak satu-satunya pasukan bolasepak Malaysia yang menyanyikan lagu sedemikian mirip seperti kelab-kelab England dan Eropah.

Juga ikut kata orang, slogan 'Kejor Yeop Kejor' juga lahir dari ejekan penyokong Selangor bila mana mereka mengejek Perak ketika ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Perak kembali menjulang Piala FA pada tahun 2004, bergelar naib juara ketika edisi 1991, 2002 dan 2005. Juga menjuarai Piala Malaysia 1998 (yang aku saksikan sendiri di Bukit Jalil) dan 2000, bergelar juara liga musim 2002 dan 2003.

Semenjak di promosi naik ke liga tertinggi pada tahun 1989, Perak satu-satunya pasukan yang masih belum pernah disingkir dari liga semenjak bermulanya era profesional.

Secara kolektif, Perak telah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 7 kali, Piala FA (2) dan kejuaraan liga (2). Hanya Selangor mendahului Perak dari segi kutipan semua tiga kejuaraan tersebut.

Tapi malam besok Perak tidak hadir ke Bukit Jalil. Semenjak krisis kewangan 2007, ditambah pula dengan kekalahan kepada demi kekalahan dalam saingan Liga Super, skuad Seladang tidak lagi segah dulu.

Namun aku yakin barisan pemain muda yang ada hari ini bakal membawa Perak kembali ke mercu kejayaan, dan puncak klasemen.
 
-Kredit untuk Sokernet-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...