Saturday, May 18, 2013

Final Bolasepak - Sapa kalah jadi bahan!


"Football is football, and for you is a different football" - Jose Mourinho. Anda tidak perlu susah menghabiskan sebatang rokok untuk memahami pendapat ini. Bolasepak adalah suatu permainan yang mudah. Pas-pas-pas-zass-gol! Senangkan? Untuk kebanyakan orang memang senang. Kecuali bagi mereka yang berada di atas padang.

Only in Malaysia. Kuala Lumpur 0 - Sime Darby 5 (17 Mei 2013) Stadium Bola Sepak Cheras.

Perlawanan akhir Bolasepak ILP Ledang menemukan kursus IPD menentang KAG. Selaku juara bertahan dan favourite di final, KAG mesti menjadi pilihan peminat dan bookie. Itupun kalau ada bookie yang sanggup mengatur perlawanan.


Sebelum perlawanan, disebelah paginya, ada pertandingan tarik tali yang menyaksikan IPD menarik diri, lantas memberi kemenangan percuma untuk penentuan tempat ke-3 disandang oleh kursus IT. Ini meningkatkan lagi spekulasi yang mana perlawanan petang itu adalah antara hidup dan mati, antara BN dan PR dan sesetengah mereka melihat antara Dunhill dan Gudang Garam. 

Juara Bertahan

30 minit permainan menyaksikan perlawanan yang berat sebelah (bukan sebab bookie). KAG mengasak ke kubu lawan seawal minit permainan dan kebanyakan bola berlegar di sebelah padang sahaja. Namun gol yang dicari-cari muncul berbaki 5 minit sebelum perlawanan babak pertama tamat. Maksudnya, membazir 2 batang rokok untuk 1 biji gol. Bijak kan? Gol terhasil dari tendangan sudut sebelah kiri pintu gol IPD. Bola melencong terus ke penjuru gol walau sempat ditanduk oleh pemain pertahanan IPD yang mungkin menyesal dengan tindakan beliau. Ada lebih baik biarkan sahaja bola tersebut masuk dan kemudian dengan bersungguh-sungguh memaki untuk menyalahkan penjaga gol. Gol yang cantik walau dinafikan sekeras-kerasnya oleh mereka ketika waktu rehat.

Runner-Up (Cuba teka mana satu defend tu..?)

Masuk babak kedua, IPD memulakan perlawanan dengan lebih bertenaga. Seperti dirasuk saka, mereka berlari-lari di kawasan tengah KAG. Namun, hakikatnya, saka tersebut hanya bertahan tidak sampai 5 minit. Sekali lagi bola banyak berlegar disekitar sebelah mereka. Justeru, teknik pas-pas-pas-zasss-gol telah diterjemahkan dengan penuh bergaya oleh KAG untuk gol kedua. Ini menyebabkan penjaga gol IPD panas hati dan bertukar menjadi raksaksa. Mengamuk, mencemuh dan memuntahkan lahar-api neraka kepada pertahanan disekeliling dan tidak ketinggalan pengadil  yang turut menerima tempiasnya.

Ultras KAG?

Kesempatan itu diambil dengan penuh berhemah oleh penyokong diluar padang. Dengan berbekalkan botol air mineral yang telah di-recycle, mereka mula membuat nyanyian dan tarian yang pelik ditujukan kepada penjaga gol lawan. Terkesima dengan reaksi penyokong, keeper tersebut bertindak,.. apabila berlaku situasi one-by-one antara keeper dan 'kecik', beliau menggunakan potongan badannya untuk menangkap kecik bola tersebut meyebabkan kecik berguling-guling di atas padang. Ibarat marahnya Rita Rudaini kepada Aidil Zafuan, berlaku sedikit tolak menolak sebelum layangan kad dan diakhiri dengan salaman.  Apa yang menariknya, ini adalah kad kuning pertama dalam tempoh  sedekad yang lepas ditujukan kepada penjaga gol di kalangan ILP Ledang. 

Kedudukan polong dipenjuru atas palang gol!

Ibarat Raksaksa yang luka, IPD mengeluarkan segala apa yang mereka ada yang belum pernah disaksikan di kaca tv. Dan hasilnya, mereka berjaya mendapatkan jaringan berbaki 4 minit sebelum tamat perlawanan. Direct freekick yang diambil oleh pertahanan yang menjaringkan gol sendiri (Ya!!! From Zero to Hero) menerjah gawang di sudut yang sama ketika beliau melakukannya pada penghujung babak pertama. Ini menunjukkan terdapat kemungkinan wujudnya unsur-unsur makhluk halus di situ. Mana mungkin pisang berbuah dua kali?!

Luaskan kuasa...

Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel penamat, penyokong bertindak liar dan gambar di atas sebagai bukti. Kalau mengikut artikel 88 FAM, ILP boleh disabitkan kesalahan dan didenda puluh ribuan ringgit. Peduli apa semua itu!!! Keputusan penuh : KAG 2 - IPD 1. Dan kerana itu jugaklah sudah 30 tahun lebih Malaysia tidak memenangi World Cup!!!



1 comment:

MUHAMMAD said...

Alhamdulillah Kimpalan Juara lagi ....moga pertandingan ini diteruskan lagi ...tahniah kepada IPD yang bermain dengan baik...Insyallah tahun depan berjumpa lagi..tahniah diatas ulasan dari Bro Wahni yang best..Tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...