Wednesday, February 06, 2013

Harimau Malaya dan rokok dunhill



Minggu depan genaplah 2 bulan selepas Malaysia tersingkir di semi final AFF Suzuki cup. Tak mahu lah aku mengulas lanjut barang yang lepas. Habis dunhill sekotak pun tak kan mampu mengubah apa-apa. Ibarat mengajar Safiq Rahim passing, tapi ke laut juga. Hampir 2 bulan jugaklah aku membiarkan blog ini bersawang. Kecewa agaknya. Tapi tidak mengapa.

Kerana malam ini harimau malaya (158) akan bertemu Qatar (106). Negara teluk ini berkedudukan ranking yang lebih baik dari Malaysia. Kalau mengikut matematiknya, 52 kali mereka lebih bijak menendang bola berbanding Malaysia. Fahad Thani adalah nama yang sinonim kepada bolasepak Qatar. Memulakan kerjaya pengurus/jurulatih seawal tahun 1995 dan hanya sekarang baru sahaja dilantik memegang ketua jurulatih pasukan senior Qatar.
 
Qatar bukanlah gergasi bolasepak negara teluk. Hakikatnya mereka juga seperti Malaysia. Cuma dalam versi AFF. Mereka hanya memenangi Gulf Cup sebanyak 2 kali. Malaysia pula baru sekali menang AFF. Itupun terus dapat anugerah dato.


 
Menang bererti keajaiban sebanyak 52 kali dan seri bermaksud keajiban sebanyak 26 kali. Kekalahan bakal dijangkakan. Justeru aku tidak perlu risau andaikata Astro membuat onar tidak menayangkan live game malam ini. 

 

1 comment:

Anonymous said...

Hi, i think that i saw you visited my website so i came to “return the favor”.
I am trying to find things to improve my site!
I suppose its ok to use some of your ideas!!

my web page increase followers on twitter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...