Saturday, May 12, 2012

Astro Beyond HD Part 1



Baru dan tak sampai 3 minggu aku meng'upgrade' astro kepada Beyond. Kebetulan ianya promosi dan percuma lalu aku mengambil keputusan kenapa tidak mencuba. Memandangkan decoder astro aku yg lama sudah berusia 5 tahun lebih dan piring kuali yg dipenuhi tahi burung aku mengmbil keputusan untuk tukar. Macam pilihanraya yg akan datang jugak..Kita TUKAR!

Bukan tahik burung yg aku nak ceritakan. Cuma aku rasakan TV LCD Samsung 32" itu tiada gunanya tanpa definasi tinggi. Kenapa tidak? Bukankah itu sebabnya kenapa orang membeli HD Ready atau Full HD tv? Itulah fungsi sebenar tv ini. Untuk memberi gambar/suara yg jitu macam Neelofa pengacara Nona yg sedang meningkat naik. Kalau sekadar gambar biasa-biasa saja, aku nasihatkan simpan sajalah duit dan belilah tv model crt, itupun kalau masih ada stok. 

Kalau anda pernah membaca, pasti sudah ketahuan beza antara 1080i vs 1080p. Kemampuan signal yg diterima dan bagaimana ianya dipancarkan kekaca tv di rumah anda. Kebanyakan tv yg leper pastinya didatangkan dengan HDMI port. Sekiranya tiada HDMI port maksudnya anda seorang yg bangang kerana tidak mahu bertanya kepada lebai google. 

1080p dikatakan lebih baik secara teori. Walaupun tv anda hanya mampu menampung 1080i frame resolution, sebenarnya ia sudah cukup untuk anda menikmati kualiti gambar/suara dalam HD, kerana sehingga tahun 2012 isyarat yg dipancarkan oleh syarikat telekom di seantero dunia ini hanya menggunakan 1080i. Nampaknya tv ataupun device lebih maju berbanding signal yg tersedia.

Jadi, tidak perlulah berbangga sekiranya tv anda dlm bentuk LED Full-HD 3D bagai semua, kerana sebenarnya cukup untuk anda sekadar membeli tv HD Ready sahaja bagi menikmati kualiti sebenar High-Definition!

Korang faham x ape yg aku tulis nih! Fahamkn dulu nanti aku sambung..


2 comments:

Kurast said...
This comment has been removed by the author.
Yana said...

cantiknye gambar HD ni, channel 706 paling best! memasak je kerjanye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...