Tuesday, November 08, 2011

Ubuntu 11.10


Masih lago dalam mood Raya dan bercuti. Sekadar melepakkan diri dirumah sambil kemudiannya menyidai baju diampaian. Tapi bukan ampaian kain yg aku nak bualkan. Korang ade laptop? Kalu x de, cubalah untuk beli satu. Kerana ianya merupakan keperluan. X percaya? Sila tanya pada lebai google. Malas nak bertanya? Sila pergi mati (dengan izin). Bila kita bercakap tentang laptop, biasanya ia digunakan untuk Internet. Dan kajian dari CISCO menerusi laporan Connected World Technology 2011 menunjukkan :- 

i. Seorang dari tiga pelajar dan golongan profesional muda menganggap internet sebagai sumber asasi manusia yg sama pentingnya seperti udara, air, makanan dan tempat tinggal.

ii. Lebih 50 peratus responden yg dikaji juga menyatakan mereka tidak dapat hidup tanpa internet.

iii. Ramai daripadanya menganggap internet lebih penting daripada kereta, bercinta dan juga berparti. (Nampak macam anti sosial je..hmmm...)

Tapi itu x de kena mengena dengan open source O/S yg di pasang di laptop aku. Dengan budget yg ade Acer Aspire 4920 dibeli hampir 4 tahun yg lalu. Spec pon biase2 saje. X de i5 atau i7 dizaman tu. Pun begitu syukur Alhamdulillah setakat ini laptop aku mampu bertahan. Ramai member cakap kalu laptop bole pakai sampai 3 tahun itu dikira berbaloi - dan pembelinya seorang yg hensem...ehehehe (yg tu aku tambah sendiri).
Boring dengan Windows tujuh keturunan, aku beralih arah ke Ubuntu seminggu yg lepas. Memang buntu. Sampai sekarang aku masih terkial-kial. Download package install itu ini tapi aku x guna sangat. Mungkin baru lagi, so x pe lah, pelan-pelan kayuh. Seperti biasa lebai google sekali lagi banyak membantu. Ade banyak perkara dan sebab kenapa Open Source O/S lebih sesuai dipasang ke PC. Kalau dulu ialah, sape yg nak hafal command berjela2 semata2 nak memasang driver wi-fi dengan linux. Tapi sekrang ianya lebih mesra pengguna....

Paling aku suka aplikasi terbina - "Workspace Switcher". Fuuhh..rase macam pakai Apple Mac pulak..hehehe. Dikhabarkan jugak pengguna tidak perlu risaukan virus. Betul, sebab kebanyakan (aku bole cakap 90 peratus dn keatas) virus ditulis dalam bentuk VB atau programming language yg lain C++ dsbnya. Dan ianya platform yg hanya boleh running di dalam windows, tidak kepada linux atau open source yg lain. Dan yg lebih bestnya, ianya percuma! Tapi perlu diingat, free kadangkala disalah tafsirkan sebagai percuma, walhal ianya merujuk kepada "bebas".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...