Friday, November 18, 2011

Kenapa sebilangan warga Indonesia membeci Malaysia



Jujur...Aku copy paste saja tulisan di bawah yg aku dapat dari laman sesawang kompasiana.com. Surat atau electronic mail luahan rasa seorang warganegara Malaysia...Mari kita perdengarkan...Untuk makluman, gambar di atas adalah jelmaan seekor atau dua ekor garuda..mistik! ;)

"ya,saya warga Malaysia dan saya berada dilaman kepunyaan warga Indonesia..banyak berita yang tidak enak didengar atau dilihat pada Sukan SEA yang sedang berlangsung di Palembang & Jakarta terutamanya pada hari ini..seluruh warga Malaysia sedia maklum dengan kebencian yang meluap-luap sebilangan besar warga Indonesia terhadap warga Malaysia bermula dari kes-kes yang berkaitan dengan hak kedaulatan,tki,budaya dan apa-apa saja yang berbentuk provokasi..iya saya faham!sangat faham keadaan kalian..jika saya adalah warga Indonesia, saya juga akan mempunyai perasaan yang sama..perasaan marah..tetapi saya pasti kalaupun saya warga Indonesia,saya akan mengekspresikan rasa marah saya dengan cara yang berbeza..beza?kalian pasti tahu maksud saya..

hari ini di pusat akuatik,wartawan-wartawan dari Malaysia dilarang untuk masuk ke stadium untuk menemubual penerjun Malaysia, saya ulangi, “Penerjun Malaysia”..bukannya menggangu atlet tuan rumah atau penerjun lain..HANYA wartawan-wartawan Malaysia saja yang dihalang untuk masuk ke pusat akuatik sedangkan acara akuatik hari ini di dominasi penerjun-penerjun Malaysia..kenapa hanya wartawan dari Malaysia yang dihalang?apa relevantnya?kerana ambalat,batik,rasa sayange,tki dan yang bersangkutan dengan masalah politik?saya tidak menyalahkan pihak pengurusan Sukan SEA di palembang atas sikap “professional” mereka kerana saya faham,inilah yang dinamakan sebagai DENDAM..

selain itu,tadi juga bendera Malaysia dipasang salah..jalurnya pun salah..ah,tidak menghairankan..apalah sangat yang ada pada bendera..nilai sesebuah bangsa/negara bukan terletak pada benderanya tetapi pada tindakannya..alah,lagipun bendera Malaysia sudah berkali-kali dibakar & dipijak..lihatlah esok di perlawanan bolasepak..saya tidak menyalahkan kebanyakan warga Indonesia atas segala yang terjadi kerana inilah yang dinamakan sebagai DENDAM..balaslah DENDAM kalian selagi termampu..saya hanya boleh tersenyum..dengan DENDAMlah kalian akan mengingati kami,kenal kami walau dengan cara yang tidak baik..tetapi masih ramai warga Malaysia yang tidak kenal warga Indonesia selain dari masalah politik Malaysia-RI,sumber alam/manusia,demonstrasi dan korupsi..saya harap warga Malaysia yang lain akan mengenali Indonesia dari sisi yang lebih positif,VICE VERSA..

saya berterima kasih kepada kalian kerana dengan apa yang kalian lakukan,bangsa ini tak akan terleka,akan bersemangat untuk bersaing,memperbaiki tingkah laku dari masa ke masa,meningkatkan ketahanan mental,menjana pemikiran & tindakan rasional dan lebih nasionalis..walau “progress”nya perlahan tetapi pasti..kalau kalian tanya apa perasaan/komen saya setiap kali demonstrasi anti-Malaysia/tindakan penghinaan/ejekan kepada warga Malaysia,perasaan saya biasa saja..tidak marah dan tidaklah pula suka..kami sudah lali/immune dengan apa yang kalian lakukan..pada saya,ada pihak yang mengambil kesempatan atas isu-isu tersebut,untuk mengalih perhatian dengan kekurangan yang telah ada..terbaru isu Camar Bulan,orang Camar Bulan sendiri tahu apa yang terjadi..bagaimana kalian yang tidak pernah ke sana seperti PASTI ada pencurian kawasan?kerana itulah pemerintah Malaysia mahu bawa isu Camar Bulan ke Mahkamah Antarabangsa,eh malah pemerintah Indonesia membujuk Malaysia tidak membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa..pihak yang benar tidak akan takut..bukan saya mahu menuduh pemerintah Indonesia atau ahli politik Indonesia..semua manusia ada kekurangan..begitu juga pemerintah Malaysia,pastinya..

saya bukan mahu memprovokasi tetapi kalian fikirlah sendiri..layakkah istilah “kerana nila setitik,rosak susu sebelanga” dipakai untuk zaman ini..layakkah menghukum semua warga atas kesalahan pemerintah..sedang dalam hukum Islam(Qisas),si pencuri yang akan dipotong tangannya bukannya keluarga si pencuri yang akan dipotong tangan mereka..maaf kalau ada yang tak suka apa yang saya sampaikan..saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.."

-Kamus Senja--

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...