Saturday, June 25, 2011

Ping Pong JUARA!!!


Sukan ILJTM Se-Malaysia kali ni melakar sejarahnya yg tersendiri apabila Pasukan Ping Pong ILP Ledang telah menjadi JUARA buat julung kalinya. Bermula tertubuhnya ILP Ledang pada tahun 2000, hanya pada kali ini kami menjadi juara. Secara peribadi, inilah pencapaian terbaik sya di ILP sejak tahun 2005 dalam membawa dan mengharumkan nama ILP Ledang di ILJTM Se-Malaysia.

Pasukan kami terdiri dari 12 org pemenang yg terdiri dari student dan staff. Pada peringkat kumpulan kami diundi bersama dengan ADTEC Kulim dan ILP Selandar. Kami layak ke suku akhir selaku johan peringkat kumpulan setelah menewaskan mereka dengan 4 - 1 dan 5 - 0. JMTI sedang menunggu kami setelah mereka memperolehi 'bye' di peringkat kumpulan. Game yg dramatik akhirnya kami menang penentuan 3 - 2. Semi Final melayan ILP Kota Bahru di Dewan Serba Guna ADTEC Melaka dan sekali lagi menang dengan penentuan 3 - 2. Berada di pentas Final kami tidak sangat merasakan debarannya, mungkin masih segar dengan kemenangan di suku dan separuh akhir. Alhamdulillah kami menang 3 - 0.

Sya langsung tidak menjangkakan yg kami akan menjadi juara, tetapi selalu berseloroh dengan student dan rakan2 yg lain supaya memakai baju butterfly 20 ringgit tu kite pakai di final. Tuhan makbulkan doa sya. Melangkah ke peringkat kalah mati adalah cita-cita utama, pergi ke semi ibarat angan-angan, masuk ke final bagaikan mimpi, dan menjadi juara adalah REALITI.

Secara peribadi, persembahan terbaek sya adalah pada peringkat kumpulan ketika menewaskan ADTEC Kulim. Sya dapat bermain dengan game sya. PUAS! dan persembahan terburuk pada peringkat suku akhir menewaskan JMTI, walaupun menang game tersebut, sya tidak dapat menunjukkan kebolehan sebenar sya. Mungkin pertama kali terikat dengan kedudukan 2 sama, seluruh pasukan mengharapkan pada Mix Double menyebabkan perasaan gugup yg terlebih. Apa-apa pun sya sebagai pengurus berpuas hati atas persembahan dan permainan yang ditunjukkan oleh semua pemain dalam pasukan kami.

Diharapkan selepas ini kejayaan demi kejayaan terus dan bakal menyusul untuk ILP Ledang, bukan sahaja pasukan ping pong, malahan pasukan yang lain juga begitu. Hidup harus diteruskan dan kami pasti akan turun berlatih dan bermain seperti biasa...

WALK ON!!!

Gambar dan video silalah ke laman FB...hehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...