Monday, August 01, 2011

Selamat Tinggal Brazil!


Terasa lama tidak mengupdate blog. Agaknye cerita2 biase shj, lagipun facebook sebagai teman buat ganti blog. Tapi kali ni nak menaip panjang dari biasa. Cerita apa? Pastinya berkisar tentang bolasepak. Bukan Liverpool, tapi Skuad Harimau Malaya. Masih terasa lagi kekecewaan 2 malam yang lepas. Kenapa?

3.00 petang
Kitaorng (dengan wife lah) bertolak ke Bukit Jalil dari PJ. Jalan lengang??!! Awal sangat ke kitaorang gerak? Ingat masa AFF Suzuki Cup Final. 4 ptg dari umah, jem x ingat! OK la tu...3.30 petang udah sampe di stadium. Nak buat ape ni?

3.30 - 4.30 petang
Carik parking paling jauh dengan stadium dan paling dekat dengan exit kluar. Tau kenape kan? Pikir sendiri. Ingatkn awal dah, rupenye ribuan org lagi awal sampai dari kitaorang. X keje ke hape diaorng nih? hehehe.. Kitaorng cucik2 mata, kali ni x de beli ape2. Turun sampai ke area surau (sudah solat jama' di rumah), sebelah LRT ade kedai makan. Ape lagi, sapedek dulu la..Nasi ayam RM5.00. Ambik ko, x sedap plak tu, nasib baik air teh o  laici ais memang terbaek. Da kenyang, (paksa masuk dlm perut walaupon x sedap, takut lapo nanti) kitaorng gerak ke pintu masuk stadium. On the way tu sempat la tgk gelagat manusia setempat. Meriah!

4.30 - 5.15 petang
Sampai di Gate stadium (lupe la gate mane satu), tgk ramai org, ingatkn bole masuk rupenye x bukak2 lagi..Haiisshh...Tengok sebelah dalam stadium ade ramai polis FRU. Kalu x buta diaorng ni pekak mungkin. X nampak org berpusu-pusu nk masuk stadium tapi pintu masih terkunci. Terima kasih lah encik polis! Tgh menunggu tu trnampak rombongan Ultras Malaya berarak macam perarakan bersih. Ramai pengikut tegar mereka. Aku Ultras Malaya ke? Nahh...ikut hati memang lah, tapi rasenye x kot, aku lebih suke mcm ni.

5.20 - 6.30 petang
Akhirnya mereka tidak buta dan pekak. Gate telah dibukak, tapi x dibukak semua, bengong!!! Bersesak sekejap dan akhirnya sampai ke dalam. Kali ni nak dok area Level 2, nampak dah tempat tu masih kosong, walaupon panas tapi padahal, sekejap je, kang matahari turun sejuk la. Kt kampung mase kecik2 mcm x biase panas..hmmm... Sesi mengambil gambar bermula. Ade mamat jual air, brape dik? RM2.00! Bagusla makan riba byk2 (dlm hati je, kang takut terguris pulak hati mamat tu :). Dekat2 6.30 petang aku gi ke luar jap, beli ape yg patut. Burger RM3 X 2 ketul, Air 100plus RM2 X 2 dan jelly kelape RM2 X2. Hmmm...memang mahal, nak wat cam ne. Makanan luar tidak dibenarkn. Pandainye diaorng nih...Lambat lagi nih nak start, nak buat ape ye? Nasib baik ade skrin bapak punye besar dlm stadium, bole la menghilangkn boring sambil2 isap rokok sebatang dua. Nampak dari jauh penyokong Singapore masuk stadium. Grandstand RM50, biasela..duit diaorg kt tinggi, padahal..Aku pon bole kalu mcm tu.

6.30 - 7.30 malam
Burger seketul wife da makan. Satu lagi tahan (makan time rehat 1st half). Tapi air da abis sebekas. Ade satu lagi. Standby kendian. Org da ramai, stadium da mula sesak. Ramai yg dtg selepas waktu bekerja agaknye. Nampak Ultras Malaya tengah setup banner dan memanaskn badan. Hebat diaorng ni. Makan ape agaknye. X reti berhenti. 90 minit menyanyi je. Bunyi yg menyakitkn telinga (trompet gune air-hon yg popular mase World Cup kt Africa dulu, lupe aku namenye) da banyak berkumandang di sana sini, tetapi di senyapkan dengan laungan azan di stadium pada jam 7.30pm masuklah waktu maghrib bagi kawasan Lembah Klang dan yg sewaktu dengannya.

7.35 - 8.30 malam
Stadium bole kata penuh. Kalu AFF Suzuki Cup  penuh, kali ni melimpah ruah! Abis azan maghrib pemain singapore masuk padang dlm keadaan santai. Kenape ntah? Mungkin nak dpt feel kot. Tapi mereka disambut dengan sorakan BOO dan LOSER oleh 85K penyokong Malaysia. Kenape Loser? Tanyalah kapitan pasukan Bolasepak Singapore, die ade jawapannye. Mangkuk betul mamat tuh!!! 5 minit lepas diaorng masuk padang tetiba dekat skrin besar secara langsung player Malaysia turun dari bas. Wah!! da mcm player EPL pulak. Maka bersoraklah penyokong2 Malaysia pada ketika itu.

Tak lama je lepas tu Rajagobal masuk ke padang berseorangan. Die tawaf satu padang bola beb! Penyokong memang bersorak dan berdiri sambil menepuk tangan tanda sokongan kepada coach. Bile selesai je Raja pusing padang, sesi pemanas badan pun bermula. Penjaga gol Malaysia yg terdiri dari Apek, shabery dan ade 2 org lagi yg memula masuk padang. Anda tau kan ape reaksi penyokong. Lepas tu keeper singapore plak masuk. Tau ape terjadi kan? Kemudian player Malaysia masuk kesemua termasuk captain safiq rahem yg mendapat tepukan gemuruh. Giliran player Singapore plak masuk untuk training disebelah padang dan disambut dengan laungan LOSER sekali lagi. Best tgk diaorng warm up esp semasa Safee Salee ambik free kick.

8.35 - 8.40 malam
Perlawanan hendak bermula. Masing2 dah x sabar. Player Malaysia beriringan masuk dengan Singapore dan bersedia untuk menyanyikan lagu kebangsaan masing2. Lagu Majulah Singapura disambut dengan simbol L di jari. Bila bermulanya nyanyian NEGARAKU, aku rase sangat hebat ketika itu. Perasaan bercampur baur. Sangat Patriotik, Bangga, Megah, Bersemangat, Dedo pon ade. Masa lagu kebangsaan berkumandang aku sempat mengambil video ke arah Ultras Malaya. 

8.42 - 9.30 malam
Pengadil perlawanan dari Jepun meniup wisel mula. Penyokong bersorak dan menyanyi lagu2 semangat dan kebangsaan. 45 minit pertama adalah sangat berdebar-debar. Kalau bukan kerana Apek, Malaysia da bolos 3 bijik beb. Player bernombor 8 pengganti Safiq aku rase mengalami masalah lemah semangat. Tenggelam di tengah2 padang. Sehingga ke akhir minit perlawanan 1st half tiada gol dijaringkan. Haish...kamon Malaysia, kita tidak penah kalah di bukit jalil dari tahun 2009 sehingga hari ini! Waktu untuk menjamah burger ayam aku. Da sejuk! Lapa punye pasal, belasah je la...

9.47 - 10.35 malam
Start second half, aku masih tertunggu2 jaringan dari Malaysia. Player Singapore nampaknye menjadikan padang sebagai laut di pangkalan balak melaka algaknye. Terjun guling2 sesuka hati mak bapak diaorng je. Haram!!! Hampir sejam perlawan akhirnya Safee membalas kepercayaan penyokong apabila meledak gol pertama perlawanan. Aku menjerit bagai tiada hari esok untuk aku bersorak. Satu stadium sudah naik semangat! Nyanyian Inilah Barisan Kita bergema sekuat-kuatnya di dalam stadium. Waktu tu aku yakin Malaysia mampu untuk dapat 2 gol lagi. Semacam x percaya, ketika semangat membara, tiba2 Malaysia bolos. Gol yg begitu mudah hasil dari free kick dari keeper Singapore ditanduk oleh anjing tua 40 tahun dan disambut oleh seekor lagi pelakon terjun tiruk lalu menghasilkan gol. Mereka berlari kehujung padang. Ketika itu aku rase diaorang berada hampir sgt dengan aku. Stadium senyap seketika. Betul ke Malaysia bolos? Ofside lah gol tu!!!

Daripada berdiri aku duduk bersandar sambil menyalakan rokok sebatang. Waktu tu aku memang da tau Malaysia x mampu nak cari balik defesit 2 gol dengan masa yg tinggal lagi 20minit. Bukannya x mustahil, cuma dengan keadaan player Singapore yg berlakon-lakon dan melambatkn perlawanan memang susah. Aku yg x penah mencarut dan pendiam tiba2 bertukar watak. Berbakul-bakul cacian aku lemparkan kepada player Singapore. Astarghfirullah HalAzim....Nak buat mcm mana..hati da panas...

10.35 - 11.00
Apabila pengadil meniupkan wisel penamat, dikala itu terjawab lah sudah, Malaysia tidak dpt melangkah ke pusingan ke-3. Sorakan BOO untuk Singapore beberapa saat dikala mereka terkinja-kinja meraikan kemenangan ke atas Malaysia (Perkara yg sama aku rasa kalu Malaysia menang). Player Malaysia hampa dan kecewa, begitu juga dgn peminat. Sblm keluar padang, player Malaysia tawaf satu padang dan disambut dengan tepukan gemuruh penonton. Sedih aku rase waktu tu. Aku follow diaorng start dari Sea Game di Laos 2009. Tapi x mengapa, kita masih ade Piala Asia 2015. Satu2 lah dulu ok. Bulan 9 dan 11 ni ade kelayakan olimpik pulak. Buat mase skrang, kene fokus yg tu dulu.

11.15 - 12.00
Mase untuk menempuh jem. Alhamdulillah kami selamat sampai. Letih la menaip, x pe..kite sambung akan datang (edisi video dan gambar).



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...