Sunday, April 04, 2010

Farewell Man Utd...Liverpool Here I Come..


# Sebagai menghormati kawan2 di My-LFC, postting utk
Grand Match View di Sunway tempoh hari telah di update! YNWA...

Selamat tinggal man united...Kini sya bersama Liverpool. Officially..game pertama sya bersama Liverpool fc ialah pada 2hb April 2010 di waktu pagi Jumaat yg hening. Tewas 1 - 2 ditangan Benfica (penalti), namun fans tetap percaya yg Liverpool boleh menjelmakan kemenangan di Anfield seterusnya melangkah ke pusingan separuh akhir.
Penghujung musim ini, Liverpool perlu memastikan menduduki saingan di tempat ke-4 liga perdana inggeris dan memenangi kejuaraan UEFA Cup, satu-satunya "silverstone" yg Rafa perlukan pada musim ini bagi menutup mulut2 pengkritik.

Kenapa sya beralih arah kepada Liverpool diwaktu man utd berada di pucak? KEPUASAN, dan ini sedikit jawapan :

History

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park. (Kerana ini mereka membenci Liverpool sehingga sekarang)




Nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.

Nak tau kenape man utd pula membenci Liverpool? Kerana kami memenanginya sebanyak 18 kali (seperti mereka, tetapi tidak dgn Champion Leag). Bole tgk kat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Liverpool_F.C.

2 comments:

halemohamed said...

tahniah bro kurast..=)

Kurast said...

halemohamed...;) ape nick name dekat forum erk'?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...