Saturday, March 27, 2010

Sukan Staff ILP Ledang sesi 1/2010


Pada 18 hb Mac yg lalu telahpun berlangsungnya Sukan (Indoor Game) untuk staff ILP Ledang bagi julung-julung kalinya ia diadakan. Tujuan utama sukan ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan mesra di
kalangan staff ILP Ledang, disamping memupuk semangat kesukanan yang positif. Antara permainan yg dianjurkan ialah pingpong regu, dart, carrom, congkak dan batu seremban. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM1 dan setiap staff diberi tuala mini dan air minuman.


Selepas sesi pendaftaran, pertandingan bermula tepat jam 8.45 pagi yg dihangatkan dengan perlawanan pingpong pusingan pertama dan suku akhir. Setiap pemain tidak boleh memilih partner sendiri, justeru itu undian partner masing2 dijalankan sehari sebelum perlawanan menyaksikan sya dipartnerkan dengan Encik Azrul (KJ) dan perlawanan lebih menarik. Seteru utama Encik Azmi dan En Sham mempunyai pasangan masing2 yg tidak kurang hebatnya. Final menyaksikan regu sya bersama En. Azrul menentang En. Halim (IT) dan En. Suhaini (TDM). Alhamdulillah kami menang 3 - 0 ;)

Dalam acara Batu Seremban, dengan tidak disangka-sangka En. Alhazari mempunyai paling banyak timbangan/timangan/lontaran dengan kiraan tidak jatuh2 lantas melayakkan beliau menyandang kejuaraan Batu Seremban. Sama kesnya juga dengan congkak, En. Rawi mendapat Bye di pusingan pertama telah memenangi pertandingan tersebut. (Sya telah kalah penuh gaya di tangan En. Al di pusingan pertama lagi..hehehe)

Mungkin rezeki agaknya, sya mendapat satu lagi pingat dalam permainan carrom. Kalah di peringkat separuh akhir di tangan En.Halim (IT), sya menebus kembali kekalahan tersebut bagi perebutan tempat ke-3 dengan menewaskan Wak Mas/Aji 2 - 1.

Pengarah ILP Ledang tidak kurang hebatnya apabila berjaya mencipta sejarah menewaskan wakil2 staff ILP dikejohanan sukan zon selatan dalam acara Dart. Membuktikan beliau mempunyai ketepatan dan ketenangan dalam balingan sama halnya dalam membuat sesuatu keputusan untuk institutnya.


Di atas ialah koleksi gambar (non-official) yg sya dapat kumpulkn untuk tatapan bersama. More details and picture at http://www.ilpledang.gov.my/ and http://xtvt-ilp-ledang.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...