
karnival Kerjaya akan berlangsung pada Sabtu ini 23 Mei 2009 bertempat di Dewan Serba Guna ILP Ledang. Antara aktiviti yang menarik adalah Pendaftaran Pekerjaan secara Online, Temuduga terbuka hampir dari 20 buah syarikat sekitar Muar, Segamat, Batu Pahat dan JB, ceramah bimbingan kerjaya, panduan dan tips temuduga. Pelbagai jawatan ditawarkan kepada pencari kerja di luar sana. Program Penempatan Pekerjaan ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Tenaga Kerja Muar dan Biro Sumber Manusia UMNO bahagian Ledang
No comments:
Post a Comment