Tuesday, December 28, 2010

If You're Ashamed To Stand By Your Colours, You Better Seek For Another Flag!!!

26 Dis 2010 adalah hari yang akan diingati oleh seluruh peminat bolasepak di Malaysia (Bukan sebab Indon dilanda tsunami), kerana Malaysia Insyaallah bakal melakar sejarah merangkul Piala AFF Suzuki Cup buat julungkalinya. Penantian selama 20 tahun rakyat Malaysia bakal terjawab apabila kita bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada 29 Dis nanti. Skuad Bolasepak Negara telah pun mempamerkan semangat juang yang tinggi sekaligus membuktikan yang Indon adalah  sekadar jaguh kampung.


Kemenangan bergaya 3 - 0 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari menjadi bekalan penuh bermakna buat Malaysia. Pelbagai provokasi yang dilakukan oleh Skuad Bolasepak Indon dan penyokong mereka. Antaranya adalah pancaran laser dakwaan penjaga gol mereka dan penyokong Indon mengganggu perlawanan sehingga ditangguhkan sebentar selama 5 minit lebih. Ternyata mereka bukan sporting walhal merekalah yang memulakannya terlebih dahulu di Jakarta sewaktu Malaysia tewas 1-5 kepada mereka. Alasan mereka itu sebenarnya disangkal oleh pengurus/ketua jurulatih mereka sendiri dan laman sesawang kompas.com mengiyakan laporan tersebut.

Sya akui sya bukanlah seorang yang fanatik dengan bolasepak, tetapi atas kesempatan dan kelapangan waktu dan rezeki nikmat kurnian tuhan berikan kepada sya tempoh hari bagi menyaksikan  perlawanan secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Bukan senang untuk Malaysia ke Final bolasepak lately dan semuanya berbaloi apabila kita menang pada malam tersebut. Ada sedikit gambar yang sya dapat kongsikan bersama...

 



Jarak perjalanan dari Taman Medan, PJ ke SBJ adalah kira-kira 10Km sahaja. Kami keluar rumah jam 5.00 petang, hanya selepas jam 6.30 petang baru kami dapat masuk ke stadium. jalan raya disepanjang persimpangan ke stadium 100% sesak.

Kami masuk melalui pintu merah dan terus ke 3rd-Tier melalui pintu 3E. Berada di dalam stadium sangat mengujakan. Lebih daripada 80,000 penyokong Malaysia membanjiri stadium. Keadaan makin sesak apabila perlawanan hampir bermula. Ramai peyokong di luar stadium masih berasak-asak untuk masuk ke dalam.


Atas desakan penyokong, akhirnya ruangan reserve yang membahagikan antara penyokong Malaysia dan Indonesia yang dikawal polis dibuka. Pun begitu ia masih tidak mencukupi, masih ramai peminat berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.

Sya sendiri terpaksa berdiri di atas kerusi bagi mendapatkan pandangan jelas di padang stadium.

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Keadaan menjadi di luar kawalan apabila kedua-dua pasukan melangkah masuk ke dalam stadium.

 Bendera gergasi dan Replika Jersey Kebangsaan malaysia di kibar megah. Flares di nyalakan oleh sekumpulan penyokong fanatik Malaysia yang menggelarkan diri mereka dengan Ultras Malaya.



Dan apabila nyanyian Negaraku berkumandang di SBJ, saat itu sya rasakan terlalu patriotik. Sebelum ini sya hanya sekadar membaca dan diajar semasa di zaman sekolah tetapi hanya sekarang sya dapat merasakannya. Menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama 80,000 rakyat Malaysia yang lain adalah saat yang istimewa buat sya.




 
  Berehat seketika sewaktu menunggu separuh masa kedua

 
 

 Lagi satu Flares dibakar selepas jaringan gol pertama

 Selepas gol ke-3, majoriti penyokong Indon mula meninggalkan stadium!

 Sewaktu perjalanan pulang
 
 
Alhamdulillah...tiada apa2 kejadian yang tidak dingini sebelum,semasa dan selepas perlawanan. Hanya doa dan harapan dibekalkan buat skuad bolasepak negara di Jakarta nanti. Kami semua mendoakan kejayaan sulong ini sebagai titik perubahan dalam mengembalikan maruah bolasepak negara, supaya stadium sentiasa penuh, supaya bolasepak Malaysia tidak ketandusan bakat dan supaya Harimau Malaya mengaum di AFC Asian Cup suatu hari nanti...Insyaallah..

MALAYSIA BOLEH!!!

3 comments:

Hannah said...

abang nyer penulisan ala2 dalam surat khabar gittew..menarik! haha

Hannah said...

Hehehe...pandai nyer paklong menulis yer. Sedap membaca. Bab nyanyi lagu negaraku tuh la paling tak tahan..hahaha

Kurast said...

Lambat abg reply, hannah da beso da pon..hehehe, sorry ye, x prasan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...