Saturday, May 15, 2010

KESIAPSIAGAAN KECEMASAN PERINGKAT NEGERI JOHOR


Kali ini, sya bersama sebilangan pelajar di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah ILP Ledang yg terpilih telahpun menghadiri program KESIAPSIAGAAN KECEMASAN PERINGKAT NEGERI JOHOR yg dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman di Dewan Jubli Intan, Tangkak, Dataran Ledang pada 15 Mei 2010 (Sabtu) jam 10.00 pagi.

Kami merupakan peserta program yg terawal sampai di dataran. Jam 8.00 pagi, sya terus memastikan kami semua mendaftar terlebih dahulu di khemah CPR. Walaupun dewan makan institut lambat membungkus makanan untuk student, ternyata mereka semua bersemangat waja. 20 orang daripada 36 peserta yg hadir termasuk kami berdua (cik M).
Lebih kurang jam 8.30 pagi, program CPR bermula, Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama melakukan CPR untuk org dewasa dan kumpulan kedua CPR untuk baby. Penerangan dalam bentuk video dan pembantu fasilitator begitu membantu dalam melakukan praktikal/amali berkaitan CPR ini.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami berjaya dan trampil dengan cemerlangnya melakukan aktiviti CPR. Di penghujung program kami diberi kad CPR (lesen) yg boleh digunakan selama 2 tahun sblm expired. Kemudiannya sesi bergambar mcm biasa dan lawatan ke gerai2 pameran berhampiran. Ade sedikit gambar yg mempunyai banyak cerita...layankan...

Sewaktu proses pendaftaran
Semangat diaorang nih..
Penerangan dari pembantu fasi..
 Ape bende yg seronok sangat tu!...
Terbaek...Huhuhuhu
Lagi gambar candid...
Cantik gambar nih..
Comelnye budak-budak nih...
Berat muatan penuh motor ni dekat2 suku tan beb...
Oooppsss....hehehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...