31 Aug 2007 - ILP Muar telah menempah nama dalam Malaysian Book of Records apabila berjaya menghasilkan bendera Malaysia yang terpanjang di negeri Johor dan mungkin di Malaysia.
Seluruh kakitangan dan pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Muar bertungkus lumus selama hampir 5 hari untuk menyiapkan jalur gemilang tersebut. Tahniah buat Warga ILP Muar!
Ada ketikanya kita perlu memikirkan apakah sumbangan kita kepada Malaysia dalam menuju ke wawasan 2020. Jatuh dan bangun sesuatu ummah & negara ditentukan oleh generasi sekarang.
Moga Merdeka yang ke-50 ini tidak melekakan dan melalaikan kita daripada bersyukur atas rahmatnya, alhamdulillah kita masih boleh bernafas supaya dapat menabur budi dan bakti kepada bangsa kita, agama kita dan negara kita.
Family day untuk staff ILP Muar telah pun diadakan pada awal tahun di Serai D'Lanjut Golf & Country Beach Resort bertempat di negeri Pahang. Rasanya dua hari satu malam di sana tak puas kerana dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak pantai, lari dalam guni, lari ikat kaki, lari ikut hati. Bagi kaum ibu pulak, acara mengayam ketupat berkumpulan. Kategori kanak-kanak pon ade.
Hadiah ditaja oleh Supplier. Hehehehehee.... Bercakap tentang hadiah, rezeki dan nasib berpihak kepada penulis. Handphone Nokia 1100i dan tangga lipat yang Top! Penulis da tak pakai handphone tuh, da jual. Anyway , harap tahun nie family day gempak!
Salam untuk semua. Dah lama x update web nih. Banyak cerita sebenarnya yg penulis ingin paparkan disini. Aktiviti tahun lepas antara salah satunya Malam Kebudayaan dan Anugerah pelajar cemerlang. Kalau x salah penulis, majlis tersebut diadakan pada 07/12/2006 bertempat di DSG ILPMJ. Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan pengarah institut, Pen. Pengarah, Ketua Jabatan & Ketua Bahagian.
Aktiviti sebegini patut diteruskan dari semester ke semester. Penulis berpendapat, penghargaan yang diberikan oleh pihak institut boleh meningkatkan tahap komitmen
pelajar dan prestasi mereka(Kepada yg nak belaja laa.. yg x nak tu.. paham sendrik)
Kurang pasti sape yg menang anugerah pada majlis malam itu. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut. Majlis turut dijayakan oleh persembahan nasyid ILPMJ yg diketuai oleh En. Zul (memang TOP!)