Wednesday, December 16, 2015

FAEDAH YANG DIPEROLEHI SEBAIK SAHAJA BERHENTI MEROKOK

Rasanya bertahun juga blog ni tidak di updated. Bukan setakat bersawang. Tapi ada perkara yang sangat penting yang aku ingin kongsikan. Seperti di bawah ini (Baca semula tajuk di atas):

Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selepas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.

Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh. Ini membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.

Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.

Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...