13 March 2011, bukan selalu Football Legend datang ke Malaysia. Ini adalah salah satu darinya. Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, EPL Master, Man Scum Master, Liverpool Master dan Malaysian Master bertanding untuk merebut kejuaraan Football Master tahun ini. Memang meriah, terutamanya bila majoriti yang datang adalah penyokong Liverpool disekeliling anda. Game bermula jam 4.30 ptg dan berakhir pada jam 8.00 malam. Standard Chattered selaku penaja utama berbesar hati memberi gift kepada setiap penyokong yang hadir.
Kalau di UK, Master Football adalah indoor football 6-sebelah yang dimainkan oleh player yang berumur 35 tahun dan ke atas. Mereka ini di pilih oleh satu komuniti Master Football Selection untuk mewakili kelab senior dimana mereka pernah bermain.
Dipendekkan cerita, kejohanan kali ini dimenangi oleh EPL Master yang menewaskan Man Scum di Final. Manakala Liverpool di tempat ke-3 setelah kekurangan 1 jaringan gol berbanding Man Scum. Tapi sangat puas hati bila kami beat diaorang 4 - 3 sewaktu peringkat kelayakan..hehehe
Antara sebilangan penonton yang hadir
Selebriti yang bermain indoor football
Bersama Ariel...(Die Hard...)
I wish I know U guys...
With my wife...(Sape kat belakang tuu???)
Harap tahun depan boleh datang lagi. Ada kelemahan yang harus diperbaiki, antaranya ialah :
1. L4 sepatutnya di reserved kan untuk LSCM Member dan LFC Supporter sahaja FULL-STOP
2. Penganjur tidak menghormati waktu Maghrib (tarian berunsur disko/lucah adalah sangat tidak patut)
Walk ON!!!
No comments:
Post a Comment